Skip to main content

Hiburan

Kongsi Detik Cemas Kereta Disambar Api, Otam Blur Mohon Netizen Tak Buat Spekulasi - “Ada Yang Cakap Punca…”

OTAM

Personaliti media sosial, Otam Blur berdepan detik cemas apabila rumah berhampiran kediamannya dilaporkan terbakar.

Menerusi hantaran di Instagram, Otam akui terkejut dengan insiden tersebut yang juga menyebabkan kerosakan pada kenderaannya.

Advertisement

“Habis kereta aku. Rumah sebelah yang kosong ni memang selalu terbakar bila musim, hari ini pula panas lain macam,” katanya.

Dalam hantaran sama, Otam menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru membuat sebarang andaian mengenai punca kebakaran tersebut.

“Ada yang cakap punca bakar sampah, jangan pandai-pandai nak buat spekulasi. Tak duduk situ jangan main cakap sahaja,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan dipermudahkan segala urusan.

Must-Watch Video

Advertisement