Skip to main content

Hiburan

Kongsi Momen Keluar Bersama Anak, Kamal Adli Dipuji Bekas Suami ‘Green Flag’ - “Tq Cik Ibu Kasi Chance”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi video mesra bersama anaknya, Hawra Uqaira, di pusat membeli-belah sambil mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose.
  • Netizen memuji sikap positif Kamal yang sentiasa menghargai Uqasha walaupun sudah bercerai, melabelnya sebagai bekas suami ‘green flag’.
  • Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021, dikurniakan seorang anak, dan disahkan bercerai pada Januari tahun ini.
Advertisement

Perkongsian terbaharu dibuat pelakon, Kamal Adli bukan sahaja menyorot perhatian ramai malah turut menuai komen pujian daripada netizen.

Menerusi perkongsian dibuat, Kamal memuat naik video dirinya yang meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira di sebuah pusat membeli-belah.

Advertisement

Kamal yang meluahkan rasa seronok turut menzahirkan ucapan penghargaan buat bekas isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose kerana memberi peluang untuknya dia Hawra meluangkan masa bersama.

“Sorry, so busy hari ni dating dengan my girl (Hawra).

“All out kitaorang dating. Thank you cik ibu (Uqasha) kasi chance,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Kamal yang dilihat tidak sentiasa memuat naik hantaran positif mengenai Uqasha.

Warganet turut melabel pelakon filem Abang Long Fadil itu sebagai seorang bekas suami ‘green flag’ kerana sentiasa memuji Uqasha meskipun mereka sudah tidak mempunyai ikatan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Mereka kemudiannya disahkan bercerai pada 12 Januari yang lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement