Skip to main content

Hiburan

Kongsi Video Botakkan Kepala, Ben Ladin Dedah Lalui Ujian Berat Awal Tahun 2026 - “Semoga Saya Dikurniakan Kesihatan…”

vddvff

Sekilas

  • Penyanyi rap Ben Ladin memuat naik video membotakkan kepala di Instagram sambil berkongsi ujian kesihatan yang dihadapinya awal tahun ini.
  • Ben menjelaskan tindakan tersebut bukan gimik atau promosi lagu, sebaliknya luahan peribadi yang mendapat sokongan dan doa netizen.
  • Dia berharap penjelasan itu dapat meredakan salah faham dan memohon orang ramai terus mendoakan kesihatan serta urusan keluarganya.

Penyanyi rap, Ben Ladin menyorot perhatian ramai apabila tampil memuat naik video membotakkan kepala menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan berkongsi luahan peribadi mengenai ujian yang dilaluinya pada awal tahun ini.

“Ujian saya awal tahun 2026.

“Doakan Ben ya semua, semoga saya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” tulisnya.

Perkongsian itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang serta menitipkan doa buat kesejahteraan penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Story, Ben tampil menjelaskan bahawa tindakannya itu bukanlah satu gimik seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Terima kasih yang mendoakan saya.

“Saya hargai kepada semua yang komen baik-baik.

“Orang ingat saya nak keluar lagu, bernazar, kacau isteri (video sebelum botak). Tapi semua ini bukan ya,” jelasnya.

Tambah Ben, dia berharap penjelasan tersebut dapat meredakan segala salah faham selain memohon orang ramai terus mendoakan kesihatan dan urusan keluarganya.

“Harap jelas di sini dan terima kasih sekali lagi yang mendoakan kesihatan dan urusan saya sekeluarga,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must-Watch Video

Advertisement