Skip to main content

Hiburan

Kongsi Video Di Mahkamah, Coretan Bekas Isteri Fikry Ibrahim Raih Perhatian - “Saya Memilih Untuk…”

Bekas isteri Fikry Ibrahim

Sekilas

  • Siti Khalizah Alihan berkongsi di media sosial tentang keputusannya untuk melangkah ke hadapan dengan hati yang reda selepas berpisah dengan Fikry Ibrahim.
  • Dia mengucapkan terima kasih kepada Fikry atas segala kenangan dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan mereka berdua.
  • Fikry Ibrahim mengesahkan perpisahan mereka yang berlaku 173 hari lalu dan menegaskan tiada pihak yang perlu dipersalahkan dalam situasi ini.
Advertisement

Perkongsian bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan menerusi laman sosial meraih perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

Menerusi coretan itu, Khalizan memberitahu dia memilih untuk melangkah ke hadapan dengan hati yang reda terhadap takdir yang sudah tertulis untuk dirinya. 

 

“Bismillahirrahmanirrahim... satu lembaran panjang baru sahaja melabuhkan tirainya. Saya memilih untuk melangkah ke hadapan dengan hati yang reda terhadap ketentuan Allah. 

Advertisement

 

“Mungkin hari ini saya tidak memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini, namun saya yakin ada hikmah di sebalik setiap takdir-Nya.

 

“Semoga Allah mengampuni segala kekurangan kita, menyembuhkan apa jua luka yang perlu dipulihkan, serta menggantikan apa yang telah hilang dengan sesuatu yang lebih baik buat kita berdua,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Khalizah juga mengucapkan terima kasih kepada Fikry kerana pernah berada dalam sebahagian perjalanan hidupanya. 

 

“Terima kasih kerana pernah menjadi insan yang saya cintai dan menjadi suami saya dalam satu lembaran yang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya serta tidak akan pernah dilupakan.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendampingi saya sepanjang perjalanan ini. Dengan itu, saya menutup lembaran ini dengan kemaafan, penerimaan, dan doa.

 

“Alhamdulillah atas segala yang telah berlalu, dan insya-Allah untuk segala yang bakal mendatang,” ujarnya lagi. 

 

Pada Selasa, Fikry Ibrahim mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan bekas isteri, sejak 173 hari lalu melalui kenyataan di Instagram.

 

Fikry mengambil masa sebelum berkongsi berita perpisahan itu untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan, serta menegaskan tiada siapa yang perlu dipersalahkan

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

[Bundle of 2] Neutrogena Rainbath Shower Gel - Original (946ml)

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must Watch Video

Advertisement