Sekilas
- Ernie Zakri berkongsi video menunjukkan dia sedang dalam kereta sebelum diminta kembali ke hotel untuk Anugerah Bintang Popular.
- Dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan bersyukur atas rezeki yang diterima.
- Ernie memohon maaf jika menyusahkan pihak lain dan menjelaskan dia pulang selepas menyelesaikan komitmen dengan jenama sabun pakaian.
Penyanyi Ernie Zakri berkongsi video memperlihatkan dia sudah berada dalam kereta namun menerima panggilan yang memintanya bergegas kembali ke hotel untuk Anugerah Bintang Popular.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ernie mengakui dia tidak menyangkakan bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular namun tetap bersyukur atas rezeki Allah.
“Sedikit kenangan yang dapat ditangkap semalam… MashaAllah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terima kasih @fiqzakariaa berjaya menangkap momen indah ini.
“Saya tak sangka, namun rahsia rezeki Allah swt siapa yang tahu. Sangat indah, sangat manis,” kongsi Ernie.
Memohon maaf jika menyusahkan banyak pihak, Ernie menjelaskan dia mengambil keputusan untuk pulang selepas menyelesaikan komitmennya dengan jenama sabun pakaian.
“Saya kena marah, kenapa pergi balik. Sebenarnya komitmen saya dengan Daia sudah selesai jadi saya bertanya kepada beberapa pihak jika saya boleh pulang.
“Ada yang memang kata OK untuk saya pulang. Maka saya sarungkan aje tudung itu. Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.
“Terkejut, untuk tercalon Top 5 di kategori terakhir itu. Kesayangan saya, terima kasih untuk Perjalanan indah ini. MashaAllah. Alhamdulillah,” katanya.