Skip to main content

Selebriti

Konsert Biru Mata Hitamku Buat Kejutan, Derma Kilat Bantu Muss - “Isterinya, Beberapa Bulan Kritikal Di Hospital…”

Konsert Biru Mata Hitamku Buat Kejutan, Derma Kilat Bantu Muss - “Isterinya, Beberapa Bulan Kritikal Di Hospital…”

Sekilas

  • Iman Tang mengajak penonton Konsert Biru Mata Hitamku untuk menderma bagi membantu vokalis Barbarik, Muss, yang isterinya sedang sakit kritikal di hospital.
  • Derma kilat itu dibuat secara sukarela dengan kod QR dipaparkan di skrin besar untuk memudahkan sumbangan daripada penonton.
  • Muss tetap meneruskan persembahan konsert walaupun menghadapi ujian berat demi komitmen kepada peminat dan acara tersebut.
Advertisement

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang membuat kejutan pada Konsert Biru Mata Hitamku dengan mengajak peminat menghulur derma kepada vokalis Barbarik, Muss, yang ketika ini berdepan ujian isteri sakit.

Pengumuman itu dibuat Iman selepas lagu Biru Mata Hitamku dipersembahkan di Mega Star Arena, Bukit Bintang, pada konsert yang mengimbau nostalgia terhadap lagu 'berhantu' itu dan album menggunakan judul sama.

Advertisement

Derma kilat itu diusahakan bagi meringankan beban Musss yang berdepan ujian berat apabila isterinya, Suraya Bahari mengalami masalah kesihatan dan masih dirawat di hospital.

"Ada pengumuman khas untuk anda semua. Terima kasih kerana hadir, terima kasih JoBranko. Segmen ini walaupun saya sudah berbincang dengan Abang Jo (Jobranko) dan rakan-rakan kita.

"Pada saat Abang Muss dalam dua bulan hingga tiga bulan ini berulang-alik ke hospital (menjaga isteri)) dan luangkan masa hiburkan kita.

"Saya hendak minta keikhlasan kawan-kawan semua, kalau boleh tiada paksaan, kita hendak buat sedikit derma kepada Abang Muss.

"Isteri beliau, iaitu Suraya Bahari atau lebih dikenali sebagai Kak Su, beberapa bulan kritikal di hospital sampai saat ini masih di hospital.

"Mungkin suatu hari (nanti) hari kita. Hari ini, hari Abang Muss. Kita bantu Abang Muss kita ringankan beban bil-bil hospital, boleh? Terima kasih," kata Iman sambil disambut sorakan penonton.

Ketika pengumuan dibuat, skrin besar di kiri dan kanan pentas menayangkan kod QR membolehkan penonton mengimbas serta memberi sumbangan kepada Muss.

Sementara itu, Muss atau nama sebenar, Mustaffa Din, 58, terharu atas sokongan peminat, penganjur konsert dan rakan-rakan.

Muss memberitahu biarpun ditimpa ujian berat, dia tetap meneruskan konsert kerana baginya komitmen terhadap acara itu penting.

"Saya teruskan dengan konsert ini kerana fikir, komitmen untuk saya berada di atas pentas ini dan semua yang hadir adalah penting dalam hidup saya. Terima kasih banyak-banyak," katanya.

Konsert Biru Mata Hitamku menampilkan JoBranko, Muss, Eddie dan Black serta keyboardist jemputan, Lee.

Pada konsert selama dua jam 40 minit itu, peminat dihiburkan dengan 20 lagu popular seperti Penunggu, Enigma dan Bukan Kerana Matahari.

Konsert Biru Mata Hitamku turut tampil dengan segmen 'tribute' apabila dua lagu dihasilkan Allahyarham JS Kevin iaitu Makam Kekasih dan Satu Titik Yang Kosong serta Allahyarham Bob Lokman yang menulis lagu, Krisis Dipertengahan Hidup, dipersembahkan.

Sumber: BH Online

Anda mungkin berminat dengan

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

Must Watch Video

Advertisement