Skip to main content

Konsert

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Diteruskan, Hafiz Minta Turun Harga Tiket Demi Peminat - “Saya Faham Ada Yang Datang Dari Jauh…”

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Diteruskan, Hafiz Minta Turun Harga Tiket Demi Peminat

Penganjuran Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip tetap diteruskan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan. 

Berita gembira itu diumumkan oleh penganjur SAH Entertainment dalam satu sidang media pada Selasa sekaligus menutup spekulasi mengenai pembatalan konsert berkenaan.

Advertisement

Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, semasa platform jualan tiket ditutup selama tiga minggu, ketika itu mereka sebenarnya dalam perancangan menurunkan harga tiket.

Jelas Sufi lagi, inisiatif menurunkan harga tiket merupakan idea cetusan Hafiz kerana memikirkan pengangkutan serta penginapan peminat yang berada jauh dari Kuala Lumpur seperti Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Semestinya konsert diteruskan, sebagai pihak penganjur untuk setiap konsert pembatalam adalah perkara paling kami mahu elak. 

“Kalau tangguh itu biasa, tapi batal adalah mimpi ngeri untuk setiap penganjur. Setakat ini konsert kami tak pernah batal dan konsert Hafiz tetap diteruskan.

“Kali ini kita dapat tiga penaja termasuk isteri saya sendiri. Bila kita dapat panggilan daripada penaja yany berminat untuk masuk, Hafiz tanya boleh tak turunkan harga tiket. Jadi kami ambil masa tiga hingga empat hari. 

“Ini sejarah juga buat kami bila dapat penaja kami terus berurusan dengan agensi penjualam tiket untuk turunkan harga tiket. 

“Malah, ada pembeli yang sudah dapat pulangan sebahagian daripada duit tiket yang sudah dibelanjalan,” jelasnya.

Sufi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Sufi, setakat ini, setiap pembeli tiket sudah mendapat pulangan separuh daripada bayaran tiket dikeluarkan mereka.

“Setakat ini, seramai 1,462 pembeli tiket sudah menerima pulangan tiket seperti yang diumumkan di media sosial kami. 

“Jadi, untuk pembeli tiket seterusnya hanya perlu membayar dengan harga baru yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, dari segi bayaran untuk Hafiz tetap mengikut sebagaimana yang sudah dipersetujui kerana ini juga periuk nasi dia,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata, keputusan menurunkan harga tiket dibuat kerana memikirkan peminat.

Malah keputusan itu juga dibuat selepas dibincangkan secara menyeluruh bersama pihak penganjur.

“Saya sebenarnya ambil berat di mana saya faham ada peminat dari jauh seperti Sabah, Sarawak dan Singapura. 

“Ada yang tanya bagaimana penginapan dan pengankutan, jadi saya terfikir dan terus beritahu pihak SAH Entertainment. 

“Saya cakap, apa kata kita cari satu cara untuk mudahkan peminat seperti menurunkan harga tiket, jadi saya berterima kasih kepada semua penaja yang sudi bersama kami.

“Sudah tentu saya fikir kesan kepada penganjur, tapi ini sudah dibincangkan bersama. Jadi, selepas dipersetujui dan memikirkan peminat, maka kami putuskan untuk ambil keputusan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, spekulasi konsert berkenaan timbul berikutan kegalalan peminat untuk membeli tiket  daripada platform jualan dalam talian, termasuk sebahagian bayaran mereka dipulangkan.

Menerusi pengumuman hari ini, tiket berharga RM788 diturunkan kepada (RM588), RM588 (RM358), RM488 (RM288), RM388 (RM228), RM288 (RM188) dan RM188 (RM148).

Must-Watch Video

Advertisement