Skip to main content

Hiburan

Konsert Empat Live 2025 Cipta Magis, Bukti Kehebatan Vokal Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie & Syamel

dfvdfvdfv

Gabungan empat penyanyi bersaudara, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, membuktikan kehebatan vokal dan keserasian mereka apabila berjaya menghiburkan lebih 4,500 penonton menerusi Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025, yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, pada Sabtu lalu.

Konsert berdurasi hampir tiga jam itu bermula dengan persembahan lagu-lagu hits masing-masing, Ernie Zakri membuka pentas dengan Ku Bersuara, diikuti Syamel menerusi Lebih Sempurna, sebelum Ziana Zain tampil memukau dengan Madah Berhelah. 

Advertisement

Sementara itu, Anuar Zain menutup segmen pembukaan dengan lagu penuh emosi, Keabadian Cinta, yang disambut sorakan gemuruh peminat.

Ernie ketika berucap di pentas mengakui peluang untuk bergandingan bersama tiga nama besar itu merupakan impian yang menjadi kenyataan.

“Ini manifestasi saya sejak kecil untuk berada di pentas bersama legenda-legenda ini. Ia satu perjalanan yang sangat luar biasa untuk karier saya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh penonton.

Sementara itu, Ziana pula tidak dapat menyembunyikan rasa syukur kerana konsert yang dirancang sekian lama itu akhirnya dapat direalisasikan meskipun berdepan pelbagai dugaan peribadi.

“Saya sangat berbesar hati. Ini impian yang jadi kenyataan walaupun pelbagai rintangan datang. Allah sentiasa beri kekuatan untuk terus hidup dan menjayakan konsert ini,” ujar Ziana.

feweffe

Sebanyak 21 lagu termasuk medley dipersembahkan dengan penuh emosi, menyulam nostalgia, kehangatan dan kekuatan vokal yang tiada tandingan sepanjang persembahan.

Konsert yang diterbitkan oleh Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus ProHouse ini turut menampilkan Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert dan Lee Sze Wan selaku pengarah muzik.

Antara rakan artis yang hadir memberi sokongan ialah Edry Abdul Halim, Datuk Hattan, Noryn Aziz dan Salamiah Hassan.

Secara keseluruhan, Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 menjadi malam penuh sejarah yang membuktikan empat figura ini bukan sahaja bersaudara dalam darah dan muzik, tetapi juga bersatu dalam satu pentas dengan semangat dan cinta terhadap seni.

Must-Watch Video

Advertisement