Skip to main content

Konsert

Konsert Exists Memento Mori Rai 35 Tahun Exists Dalam Industri, Kembali Gabungkan 7 Anggota Asal

Exists memento mori

Sekilas

  • Exists akan mengadakan Konsert Exists Memento Mori pada 10 Ogos 2026 di Unifi Area, Kuala Lumpur sebagai sambutan ulang tahun ke-35 mereka.
  • Konsert ini menampilkan anggota asal Exists bersama dua vokalis mereka, Mamat dan Ezad, selepas konsert besar terakhir pada 2019.
  • Tiket boleh dibeli mulai 30 April 2026 di www.ticket2u.com dengan harga bermula dari RM228 hingga RM5000 untuk tempat duduk khas.
Advertisement

Bersempena dengan 35 tahun kewujudan Exists, kumpulan popular ini tampil dengan sebuah konsert berjudul Konsert Exists Memento Mori.

Memento Mori adalah frasa Latin yang mengangkat falsafah menghargai setiap saat dalam kehidupan dengan baik.

Advertisement

Konsert Exists Memento Mori menjadi manifestasi terbaharu buat mereka.

Ini merupakan konsert berskala besar selepas kali terakhir menerusi Konsert Exists Reunion in 2019 di Shah Alam, Selangor dan Singapura.

Istimewanya lagi, Konsert Exists Memento Mori kembali menggabungkan anggota asal Exists iaitu Ajai, Shah, Ujang, Along, Musa bersama dua vokalis mereka, Mamat dan Ezad.

Sebagai penganjur, ICON Entertainment menyifatkan Konsert Exists Memento Mori sebagai penganjuran untuk merayakan dan memperingati semangat Exists yang tidak pernah luntur, apatah lagi mencari alasanuntuk meninggalkan industri hiburan tanpa legasi yang baik.

“Mengekalkan usia 35 tahun dalam industri hiburan terutama beberapa dekad kebelakangan ini dengan pasaran yang tidak menentu bukan hal yang mudah.

“Tapi Exists, seperti maksud namanya wujud, kekal bertahan meski sempat redup kemudian menjadi relevan semula dalam pasaran bukan hanya kerana sikap tetapi karya-karya berkualiti yang pernah dihasilkan sebelum ini.

“Justeru ICON Entertainment sangat berbesar hati membawakan Konsert Exists Memento Mori pada 1 0gos 2026 ini di Unifi Area sebagai apresiasi dan menghargai setiap momen yang pernah dan sedang Exists hadirkan kepada peminat muzik di Nusantara,” jelasnya.

Konsert ini akan diadakan pada 1 Ogos 2026 bertempat di Unifi Area Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Info mengenai Konsert Exists Memento Mori:

Harga Tiket:

RM 228 (UNTUKMU IBU), RM288 (MENCARI ALASAN), RM328 (LANGKAH SEIRINGAN), RM388 (SEPERTI DULU), RM428 (RAHSIA POHON CEMARA) dan RM488 (PERCAYAKAN SITI) serta RM 5000 (JESNITA- sofa couple: seat)

Platform pembelian: www.ticket2u.com.

Tarikh mula pembelian: 30 April, 11 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement