Skip to main content

Viral

"Kos Tak Tinggi Pun" - Prince Syed Hasilkan Baju Raya Inspirasi Labubu, Utamakan Kegembiraan Anak-Anak

Astro Gempak prince Syed labubu

Sekilas

  • Prince Syed berkongsi tradisi keluarga mereka memilih tema baju raya kartun setiap tahun, termasuk Labubu tahun ini dan rancangan untuk tema lain seperti Lilo, Kuromi atau Spongebob tahun depan.
  • Rekaan baju raya tahun ini menggabungkan elemen klasik dan moden dengan material selesa, direka khas oleh Prince Syed tanpa meniru mana-mana pihak.
  • Beliau menekankan kepuasan sebenar adalah apabila rekaan bukan sahaja cantik tetapi juga memberi kegembiraan kepada seluruh keluarga, terutama anak-anak.

Pereka fesyen, Prince Syed berkongsi cerita di sebalik pemilihan busana raya bertemakan Labubu yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Menurutnya, konsep tersebut bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah menjadi tradisi keluarga setiap kali Aidilfitri.

“Pasal baju Labubu ni, sebenarnya setiap tahun bila raya, abang ikut pilihan isteri. Isteri dengan anak-anak memang suka pakai baju kartun. Sebelum ni kami pernah pakai baju Hello Kitty, lepas tu Barbie. Tahun ini pula Labubu.

“Untuk tahun depan, kami tengah fikir sama ada nak tema Lilo, Kuromi atau Spongebob. Setiap tahun memang wajib ada baju kartun sebab kita nak bagi anak-anak happy,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, rekaan tahun ini tampil berbeza dengan sentuhan klasik yang digabungkan bersama elemen moden.

“Design tahun ni pula, wife nak konsep klasik. Kalau tengok, baju dia macam kebaya moden, tapi kita selit elemen moden supaya nampak lain daripada yang lain. Kain pula gaya pario. Anak perempuan pun pakai design sama.

“Anak-anak sampai tak nak buka baju tu. Jaden dengan Haifat dua-dua tidur pun pakai sebab mereka suka sangat. Material pun sejuk, jadi selesa dipakai,” ujarnya.

Menurut Prince Syed, setiap rekaan dihasilkan sepenuhnya berdasarkan kreativiti sendiri tanpa meniru mana-mana pihak.

“Kalau tanya inspirasi, sebenarnya tak ada. Kami jadi diri sendiri. Kebanyakan design memang abang yang reka. Dari drape, potongan, semua daripada idea abang sendiri. Kami tak tiru design orang lain.

"Kos tak tinggi pun, semeter dalam RM12 saja. Total modal semua kurang daripada RM400 dengan tambahan perincian. Kos murah saja, yang mahal pun barang kemas dan handbang,” katanya.

Bagi dirinya, kepuasan sebenar adalah apabila rekaan tersebut bukan sahaja cantik, tetapi juga memberi kegembiraan kepada keluarga.

“Setiap kali raya, kita cuba seimbangkan. Ada design yang abang suka, ada yang wife suka, ada yang anak-anak suka. Kita nak semua dalam keluarga happy.

“Tapi sebenarnya, yang paling penting tetap anak-anak. Kita utamakan mereka,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

(Refine by Lovito) Elegant Rhinestone Flat Sandals for Women LR24E058 (Refine by Lovito) Sandal Rata Rhinestone Elegan untuk Wanita LR24E058

(Refine by Lovito) Elegant Rhinestone Flat Sandals for Women LR24E058 (Refine by Lovito) Sandal Rata Rhinestone Elegan untuk Wanita LR24E058

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Metabolic + Sauver 700g (New)

Metabolic + Sauver 700g (New)

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Must-Watch Video

Advertisement