Sekilas
- Mierul Aiman dari drama High Council mengumumkan bahawa barisan pelakon drama Kudrat 1968 akan diumumkan pada 5 Ogos.
- Video pengumuman tersebut dimuat naik di Instagram Astro Shaw dan Astro Gempak, menarik perhatian peminat.
- Peminat dinasihatkan untuk menantikan pengumuman rasmi di media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak pada tarikh tersebut.
Pelakon, Mierul Aiman menyorot perhatian apabila mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat drama High Council menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagram Astro Shaw, baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Mierul yang memegang watak sebagai Kuda dalam naskhah terbitan Astro Shaw iaitu Kudrat 1968 memaklumkan bahawa teka-teki peminat mengenai barisan pelakon bagi drama tersebut akan terjawab pada esok.
“Apa khabar peminat-peminat drama High Council. Korang dah ready nak tahu siapa pelakon-pelakon drama Kudrat 1968?
“Korang boleh standby 5 Ogos nanti di media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Jumpa korang nanti,” kongsinya.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya tidak sabar untuk mengetahui siapakah barisan pelakon yang bakal membintangi Kudrat 1968.
Jadi, nantikan pengumuman rasmi pada esok, 5 Ogos menerusi platform media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Sumber: Instagram