Pelakon, Anzalna Nasir menganggap bentuk badan pasangan bukanlah satu ukuran untuk menentukan kebahagiaan sesebuah hubungan.
Sebaliknya, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir berpendapat bahawa kesihatan pasangan serta kesetiaan yang ditunjukkan pasangan adalah dua perkara yang paling penting.
“Kurus ke gemuk tak kisahlah, yang penting pasangan kita sihat, setia, pandai bahagiakan kita, boleh bawa travel dan bawa shopping”.
“Eh tiba-tiba wishlist makin panjang pula,” tulisnya di Threads.
Advertisement
Ciapan yang dibuat Anzalna itu kemudiannya mencuit hati pengikutnya yang turut bersetuju dengan pendapatnya mengenai kebahagiaan dalam hubungan.
“Kami setuju”.
“Hahah, betul. Sokong Anzalna,” komen netizen.
Sekadar info, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.