Skip to main content

Hiburan

Label Diri ‘Terpaling Curang’, Tom Sindir Diri Sendiri?

Tom

Penyanyi, Tom sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Tom seolah-olah melabelkan dirinya sebagai individu yang sering berlaku curang dengan kenyataan yang diulang berkali-kali.

"Semua pun tahu, kan? Yang kenal aku tahu, kan, aku ni jahat. Aku ni tak betul. Aku ni curang. Aku selalu curang. Aku curang, curang, curang. Aku memang orang yang paling curang sekali di dunia.

“Dalam dunia ni orang yang paling curang sekali, yang selalu curang adalah aku. Aku tak pernah tak curang. Hidup aku curang je. Curang, curang, curang, dan curang je.

“Aku memang… eh, hobi aku curang. Cita-cita aku masa kecil nak jadi orang yang curang. Aku nak jadi manusia paling curang ah dalam dunia ni. Betul tak?,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Tom turut menyatakan seolah-olah orang ramai melihat label tersebut terpampang pada dirinya.

“Kalau orang tengok aku kan, depan-depan dia akan nampak dekat dahi aku ada tulisan CURANG.
“Orang yang paling… orang yang selalu curang, aku. Yang terpaling curanglah! Paling curang sekali akulah!” tambahnya.

Gempak juga cuba mendapatkan Tom, namun masih tiada respons yang diberikan.

Terdahulu, Tom mendedahkan dia bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman dan mengakui segala kesilapan datang daripada dirinya sendiri.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak hantaran tersebut sudah pun dipadam.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement