Sekilas
- Azza Elite menegur sikap segelintir individu yang suka membawang dan menjatuhkan orang lain terutama di tempat ibadah.
- Azza menegaskan bahawa penampilan bukan isu besar berbanding hati yang penuh iri hati dan suka mengata.
- Azza mengingatkan bahawa kecantikan luaran boleh disorok dengan filter, tapi hati yang jahat tetap tidak boleh disembunyikan.
Penyanyi dan pelakon, Azza Elite menegur sikap segelintir individu yang gemar ‘membawang’ dan menjatuhkan orang lain, lebih-lebih lagi ketika berada di tempat ibadah.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Azza meluahkan rasa terkilan terhadap mentaliti sesetengah pihak yang suka mengkritik penampilan individu lain termasuklah penggunaan filter di media sosial.
Menurut Azza, soal penampilan bukanlah isu besar berbanding sikap dan hati seseorang yang dipenuhi perasaan iri hati selain suka mengata mengenai hal orang lain.
“Dalam surau pun hati kau hijau hitam biru merah tak putih, tak ada masalah kalau orang pakai filter pun.
“Awak pula lawa mesti tak pakai kan! Jadi cuba jangan down kan orang lain. Dah nampak simpan dalam hati,” tegurnya.

Dalam pada itu, Azza turut mengingatkan bahawa kecantikan luaran boleh diubah atau disembunyikan dengan filter, namun hati yang dipenuhi jasad dengki tetap tidak mampu disorok.
“Kalau kau lapaq sangat, nak cerita sangat kau cerita dengan dedaunan, batu, ayam ke, tunggul kayu ke, tak pun semut.
“Kau cerita dekat publik, yang nampak tu bukan dia buruk tapi kau busuk hati. Muka kalau bisa boleh pakai filter tapi kalau hati kau jahat, filter pun pun azab nak terima kau, tu baru filter, kubur? Tuhan?” tegasnya.
Malah, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat Azza dan berterima kasih kerana bersuara mengenai hal berkenaan.
Untuk info, Azza memberikan respon terhadap perkara itu sebagai respon kepada hantaran individu yang berbaur sinis mengenai seorang pempengaruh.
Individu itu mendakwa wajah pempengaruh itu kelihatan lain dan tidak sama seperti dilihat di media sosial kerana penggunaan filter yang terlalu tebal.
“Ade sorang influencer ni, dekat TikTok punya cantik, flawless, manja. Sekali tu, saya jumpa dia tanpa make up di surau, kelam nyah, sangat berbeza ya. Kesian ya korang kena tipu,” tulisnya.
Sumber: Threads @azzaelite