Sekilas
- Patung Labubu yang popular kini akan diadaptasi menjadi filem live-action dengan Paul King sebagai pengarah dan penerbit bersama.
- Filem ini masih dalam peringkat awal dan Labubu berasal dari siri buku bergambar yang dicipta 10 tahun lalu oleh seniman Hong Kong, Kasing Lung.
- Populariti Labubu melonjak selepas dijual secara eksklusif oleh Pop Mart dalam bentuk 'blind box' yang menjadi trend di kalangan pengumpul dan selebriti.
Fenomena patung Labubu yang cukup ‘mendunia’ nampaknya belum mahu berhenti. Setelah patung-patung comel itu sukses dijual secara eksklusif oleh Pop Mart, kini Labubu akan diterjemahkan dalam versi filem.
Kisah patung Labubu dilaporkan akan digarap menjadi filem live-action dengan sutradara Paul King diberi kepercayaan untuk mengarahkan naskhah perdana ini.

Filem itu kini berada pada tahap awal proses dan King dipercayai bukan hanya menjadi pengarah tetapi penerbit bersama Department M dan Wenxin She, lapor Variety.
King adalah sutradara yang ‘menghidupkan’ karakter Wonka dan Paddington.
Sementara itu Labubu sendiri ‘dijelmakan’ daripada siri buku bergambar yang dihasilkan 10 tahun lalu sebelum menjadi mainan atau koleksi patung yang cukup popular pada masa kini.

Mainan atau patung Labubu yang berupa monster bertelinga runcing dengan gigi tajam itu diciptakan oleh seniman Hong Kong, Kasing Lung.
Pada awalnya, Labubu tidak begitu terkenal sehingga penjualan Pop Mart yang merupakan ‘blind box’ iaitu peminat tidak dapat mengetahui isinya sehingga dibuka menjadi trend.
Edisi khas patung tersebut selain kegilaan para selebriti memiliki pelbagai jenis Labubu juga membuatkan mainan ini menjadi aksesori wajib ada bagi pengumpulnya.