Skip to main content

Selebriti

Lafaz Cerai Dalam Kereta, Nubhan & Isteri Berpisah Selepas 10 Tahun Bersama

Lafaz Cerai Dalam Kereta, Nubhan & Isteri Berpisah Selepas 10 Tahun Bersama

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, esok.

Perkara itu dikongsikan sumber terdekat pasangan terbabit yang memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.

Advertisement

“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.

“Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” katanya yang enggan dikenali.

Ditanya punca yang membawa kepada permohonan dibuat bekas peserta Akademi Fantasia musim enam (AF6) itu, pihak berkenaan juga meminta persoalan tersebut diajukan kepada Nubhan sendiri.

Begitupun, akuinya penyanyi juga ahli perniagaan itu kini tidak lagi sebumbung dengan Afifah Hidayah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya seperti dilapor Kosmo! Online.

Sebelum ini peguam syarie dari Firma Akberdin & Co itu pernah mewakili beberapa selebriti termasuk Puteri Sarah Liana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad selain Harith Islander serta bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.

Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Kosmo! Online

Must-Watch Video

Advertisement