Skip to main content

Hiburan

“Lagi Dia Larang, Lagi Saya Nak Manjakan Dia” - Anzalna Nasir Bawa Ibu ‘Shopping’ Sempena Hari Lahir

ASTROGEMPAK Anzalna (1)

Sekilas

  • Pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen sambutan hari lahir ibunya yang sering berpesan agar anak-anak tidak membelikan hadiah dan lebih mengutamakan simpanan wang.
  • Walaupun ibunya menolak hadiah, Anzalna tetap membawanya ke butik untuk memilih sesuatu dan akhirnya ibunya pula yang menghadiahkan Anzalna.
  • Anzalna menegaskan pentingnya menghargai ibu dan tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak memanjakan insan tersayang semasa berpeluang.
Advertisement

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi momen istimewa sempena sambutan hari lahir ibunya yang diraikan baru-baru ini.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna berkata ibunya sering berpesan agar dia dan adik-beradiknya tidak membelikan sebarang hadiah setiap kali ulang tahun kelahiran kerana lebih mengutamakan mereka menyimpan wang.

 

“Hari ini (semalam) hari lahir ibu saya. Setiap tahun dia menyuruh kami jangan belikan dia apa-apa kerana dia lebih suka kami menyimpan wang, tetapi sudah tentu kami tidak pernah mendengarnya.

Advertisement

 

“Tahun ini saya membawanya ke butik untuk memilih sesuatu yang dia suka, tetapi dia akhirnya membelikan saya hadiah,” kongsinya.

 

Bagaimanapun, Anzalna tetap berkeras mahu menghadiahkan sesuatu buat insan tersayang itu kerana baginya, peluang untuk menghargai ibu tidak harus disia-siakan.

 

“Saya tetap membelikannya sesuatu. Lebih banyak dia menyuruh saya jangan berbelanja untuknya, lebih banyak saya mahu memanjakannya.

 

“Saya tidak mahu menoleh ke belakang suatu hari nanti dan berharap saya telah melakukan lebih banyak lagi semasa saya masih berpeluang,” ujarnya lagi.

 

sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement