Skip to main content

Hiburan

Lagu Raya ‘Hari Raya Bahagia’ Nyanyian Jay Jay Tular Semula, Luahan Anak Undang Sebak - “Dulu Bila Dengar Seronok Ja Tapi Sekarang Tidak Lagi…”

Jay Jay

Sekilas

  • Video lagu raya 'Hari Raya Bahagia' nyanyian Allahyarham Jay Jay kembali tular di aplikasi Threads dan dianggap sebagai lagu raya paling underrated oleh pengguna.
  • Anak Allahyarham, Lynn Fauzi, berkongsi perasaan sedihnya setiap kali mendengar lagu tersebut selepas pemergian bapanya.
  • Allahyarham Jay Jay meninggal dunia pada 4 Ogos 2024 akibat kegagalan beberapa organ dalaman selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan mengalami lumpuh separuh badan.

Baru-baru ini, tular semula video lagu raya nyanyian penyanyi lagenda, Allahyarham Jay Jay yang berjudul Hari Raya Bahagia yang dimuat naik seorang pengguna di aplikasi Threads.

Ujar pengguna itu, dia sangat menyukai lagu tersebut malah turut mengkategorikannya sebagai lagu raya paling ‘underrated’ yang pernah didengarinya.

“Saya rasa lagu ini adalah antara lagu yang paling underated menjelang Syawal dan saya sendiri amat menyukainya,” kongsinya.

Ciapan itu kemudiannya mendapat reaksi daripada anak Jay Jay iaitu Lynn Fauzi yang memberikan responnya di ruangan komen.

Ujar Lynn, sebelum ini dia pasti akan mendengar lagu tersebut dengan perasaan gembira namun selepas pemergian arwah Jay jay, dia pasti akan berasa sedih mengenangkan ketiadaan bapanya di sisi.

“Salam, terima kasih sebab minat dengan lagu raya nyanyian papa saya ni. Lagu yang memberi kesan amat dalam kepada saya sejak beliau meninggal dunia.

“Sebelum ini bila dengar lagu ni, rasa seronok je, but now not anymore. Kalau atau tengok video ini sumpah nangis.

“Rindu yang tidak berpenghujung.. Al-Fatihah buat papa yg amat saya sayangi,” luahnya.

Sekadar info, Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada 4 Ogos 2024 yang lalu.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman.

Jay Jay sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung pada Mei 2024 dan mengalami lumpuh separuh badan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement