Sekilas
- Ammar Ahyan, anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, mencuri perhatian selepas berlakon dalam iklan minuman tular di media sosial.
- Datin Seri Shahida mengakui Ammar bukan pelakon berbakat besar, tapi pihak pengurusan tetap beri peluang untuk dia berlakon.
- Gaya lakonan tenang dan 'nonchalant' Ammar dalam iklan itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, iaitu Ammar Ahyan, terus mencuri perhatian ramai selepas penampilannya dalam sebuah iklan minuman tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Threads, Shahida mengakui sudah emaklumkan kepada pihak pengurusan Ammar bahawa anaknya itu bukanlah seorang yang berbakat besar dalam lakonan, namun mereka tetap memilih untuk memberikan peluang tersebut.
"Ammar Ahyan berlakon iklan Yeo's tu saya dah cakap dekat manager dia, Ammar ni kayu, tapi mereka nak juga ambil. Bukan salah siapa-siapa," tulisnya.
Sebelum ini, Ammar menjadi bualan ramai apabila tampil sebagai pelakon dalam sebuah iklan minuman bersama pelakon Emma Sofea.
Menerusi video yang dikongsikan jenama minuman berkenaan, Ammar dilihat membawakan beberapa babak dengan gaya yang cukup bersahaja.
Malah, gaya lakonannya yang tenang dan tidak dibuat-buat itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata mereka menganggap ekspresi Ammar yang kelihatan 'nonchalant' menjadi tarikan utama iklan tersebut sehingga membuatkan ramai menontonnya berulang kali.
Tidak kurang juga yang tertanya-tanya bagaimana pihak jenama berjaya memujuk Ammar untuk menerima tawaran berlakon memandangkan dia jarang muncul dalam mana-mana produksi.