Skip to main content

Hiburan

Lakonan Penuh Emosi Dipuji, Marisa Yasmin Kongsi Teknik Untuk Menangis - “Air Mata Bukan Semestinya Datang…”

Marisa Yasmin

Sekilas

  • Marisa Yasmin menerima pujian atas lakonannya yang berjaya menyentuh emosi penonton dalam filem The Furious.
  • Beliau berkongsi bahawa teknik 'emotional recall' dan penghayatan watak secara organik membantu menghasilkan air mata dalam babak tertentu.
  • Marisa menegaskan air mata dalam lakonan bukan hanya dari kesedihan, tetapi juga kemarahan, kekecewaan, dan emosi lain yang jujur.
Advertisement

Lakonan mantap pelakon, Marisa Yasmin dalam filem The Furious meraih pujian selepas berjaya menyentuh emosi penonton.

Lakonan itu membuatkan ada warganet bertanya bagaimana Marisa berjaya membawa watak yang penuh emosi sehingga meninggalkan kesan yang mendalam.

Advertisement

Menerusi ruangan komen di Threads, pemilik nama Marisa Yasmin Marriam Yaakob ini memaklumkan bahawa antara kaedah yang diamalkan adalah dengan menghayati watak sehingga emosi muncul secara semula jadi selain menggunakan teknik ‘emotional recall’.

"Ada beberapa cara pelakon menghasilkan air mata dalam babak tertentu seperti mendalami watak sehingga emosi muncul secara organik.

"Ada juga emotional recall daripada pengalaman," kongsinya.

Tambah Marisa, rasa sedih dan air mata dalam lakonan juga tidak semestinya lahir daripada perasaan sedih malah boleh juga lahir daripada teknik penghayatan watak dan kejujuran emosi.

"Air mata dalam lakonan bukan semestinya datang daripada kesedihan. Ia boleh lahir daripada kemarahan, kekecewaan, ketakutan atau kehilangan.

"Tapi selalunya pelakon yang berpengalaman tidak mengejar air mata. Mereka fokus kepada kebenaran emosi dan objektif watak. Bila emosi itu benar, air mata akan datang sendiri," ujarnya.

Terbaharu Marisa tampil dalam filem berjudul The Furious: Pertaruhan Maruah.

Selain Marisa, filem tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Zul Ariffin, Sky Iskandar, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement