Skip to main content

Hiburan

Lakonan Syafiq Kyle Dalam Malaikat Malam Bikin Penonton Tak Keruan - “Mat Rempit Paling Handsome Yang Pernah Ada”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem terbaru Viper Studios, Malaikat Malam, mendapat sambutan positif selepas tayangan awal walaupun belum ditayangkan rasmi.
  • Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini menggabungkan elemen dunia motor jalanan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.
  • Syafiq Kyle sebagai pelakon utama menarik perhatian netizen dengan lakonan mantapnya, dan filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Mac.
Advertisement

Meskipun belum ditayangkan secara rasmi, filem terbaharu Viper Studios dengan kerja Skop Production, Astro Shaw dan Primeworks Studios yang berjudul Malaikat Malam telah pun mendapat respon positif daripada beberapa penonton yang sudah menonton tayangan awal di pawagam.

Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini bukan sahaja berlatarbelakangkan dunia motor jalanan tetapi ini juga sarat dengan kisah kekeluargaan, percintaan dan elemen persahabatan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penampilan pelakon utama filem ini iaitu Syafiq Kyle turut menyorot perhatian penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di media sosial, rata-rata netizen teruja melihat lakonan Syafiq yang disifatkan sebagai mat rempit paling tampan pernah dilihat mereka.

“Syafiq Kyle ni jadi mat rempit style, bodyguard style, jadi komando dan serial killer pun style.

Advertisement

“Syafiq Kyle dalam Malaikat Malam memang helok betul.

“Syafiq Kyle dah boleh tukar nama jadi Syafiq Style.

Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di semua pawagam berhampiran sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement