Skip to main content

Filem

Lama Tak Jadi Teraju Utama, AR Badul Kembali Dengan Watak Sarat Emosi Dalam ‘Surat Khabar Lama’

Lama Tak Jadi Teraju Utama, AR Badul Kembali Dengan Watak Sarat Emosi Dalam ‘Surat Khabar Lama’

Sekilas

  • Pelakon veteran AR Badul kembali dengan watak matang dan beremosi dalam drama pendek ‘Surat Khabar Lama’ sempena Hari Kemerdekaan ke-69.
  • Drama ini menonjolkan mesej perpaduan dan penghargaan sejarah melalui watak Uncle Sam, bersama Santesh dan Wong Xiao Jie yang mewakili kepelbagaian masyarakat Malaysia.
  • ‘Surat Khabar Lama’ dilancarkan bersama pengenalan dua produk baharu OATLIFE yang diformulasikan untuk kesihatan, dan mula ditayangkan di YouTube OATLIFE Malaysia pada 22 Ogos 2026.
Advertisement

Selepas sekian lama tidak muncul sebagai teraju utama, pelakon veteran AR Badul kembali mencuri perhatian menerusi iklan drama pendek ‘Surat Khabar Lama’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Dikenali dengan karakter komedi yang cukup dekat dengan penonton, AR Badul kali ini memperlihatkan sisi berbeza apabila diberikan watak lebih matang dan sarat emosi.

Advertisement

Menerusi ‘Surat Khabar Lama’, AR Badul membawakan karakter Uncle Sam, seorang penjual surat khabar lama yang mempertahankan nilai sejarah negara sambil membawa mesej kasih sayang, perpaduan dan kemanusiaan.

Watak Uncle Sam turut menjadi simbol kepada kepentingan menghargai sejarah serta berbuat baik tanpa mengira kaum, selari dengan semangat perpaduan yang diketengahkan menerusi naskhah berkenaan.

Tidak bersendirian, AR Badul turut digandingkan dengan penyanyi dan pelakon Santesh serta personaliti media Wong Xiao Jie.

Advertisement

Santesh memainkan watak Arvind Raj, seorang usahawan muda yang akhirnya memahami nilai sebenar warisan, manakala Xiao Jie pula tampil sebagai May yang menjadi penghubung antara dua generasi.

Gabungan tiga pelakon daripada latar berbeza itu digunakan untuk mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang hidup dalam semangat saling menghormati.

Diarahkan Raja Azrey, ‘Surat Khabar Lama’ merupakan karya kedua di bawah kempen ‘Kembalinya Sang Lagenda’ yang diwujudkan sebagai penghargaan kepada artis veteran atas sumbangan mereka kepada industri hiburan tanah air.

Sebelum ini, kempen sama menghasilkan drama pendek sempena Aidilfitri berjudul ‘Syurga Yang Terhiris’ yang menampilkan Sathiya dan Shahriza Mahmud.

Selain mengangkat bakat seni tempatan, pelancaran ‘Surat Khabar Lama’ turut berlangsung serentak dengan pengenalan dua produk baharu OATLIFE iaitu Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia serta Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia.

Produk pertama mengandungi 3 gram Beta-Glucan bagi membantu pengurusan kolesterol, manakala satu lagi hadir dengan kandungan 13 gram protein. Kedua-duanya diformulasikan tanpa laktosa, sifar kolesterol dan tanpa gula tambahan.

‘Surat Khabar Lama’ mula ditayangkan menerusi saluran YouTube rasmi OATLIFE Malaysia pada 22 Ogos 2026, manakala dua produk berkenaan dijadualkan berada di pasaran bermula September ini.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Unisex Face Covers 3-Pack M/L Face Mask Accessories (H08837) Sport Planet 30-5

adidas Unisex Face Covers 3-Pack M/L Face Mask Accessories (H08837) Sport Planet 30-5

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement