Skip to main content

Hiburan

“Lara Ajar Saya Jadi Bapa Yang...” – Awal Ashaari Sebak Kenang Perjalanan Anak Sulung Membesar

“Lara Ajar Saya Jadi Bapa Yang...” – Awal Ashaari Sebak Kenang Perjalanan Anak Sulung Membesar

Sekilas

  • Awal Ashaari berkongsi pengalaman pahit manis membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang mengajar dia erti sebenar menjadi bapa.
  • Dia mengakui pernah melakukan kesilapan dalam mendidik Lara dan kini lebih matang membesarkan anak kedua dengan memberi ruang untuk mereka mengenal pasti minat sendiri.
  • Awal dan Scha Alyahya diumumkan sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung JAM, yang kini meluaskan operasi ke pasaran berbahasa Melayu.
Advertisement

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari tidak dapat menahan sebak ketika mengenang kembali perjalanan membesarkan anak sulungnya, Lara Alana yang kini sudah mencecah usia 12 tahun.

Menurut Awal, terlalu banyak momen pahit manis dilaluinya bersama Lara yang menjadi insan pertama mengajarnya erti sebenar bergelar bapa.

“Dalam membesarkan Lara, saya secara peribadi banyak momen bitter sweet. Lara yang ajar saya kali pertama jadi bapa dan besarkan anak.

“Saya sendiri mengakui kesilapan yang saya buat dengan Lara sepanjang membesarkannya,” katanya.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya bersama isteri, Scha Alyahya sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM yang berlangsung di ibu negara, Khamis lalu.

Menurut Awal, pengalaman membesarkan anak kedua membuatkannya lebih matang dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan terhadap Lara.

“Bila ada anak nombor dua dan pada usia sekarang, saya tidak lakukan kesilapan sama.

“Kalau mahu bandingkan anak nombor satu dan dua, perjalanan membesarkan anak kedua lebih senang,” ujarnya.

Tambahnya, setiap kali melihat semula gambar dan video lama, dia sering merenung kembali tindakannya sebagai seorang bapa yang ketika itu masih mentah.

“Banyak perkara saya tidak tahu sebagai bapa, tetapi saya lakukan kepada Lara.

“Setiap kali ulang tahun kelahiran Lara atau ada momen berdua dengannya, saya akan minta maaf dan peluk dia kuat-kuat.

“Macam ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, kami berpelukan dan menangis,” katanya.

Awal mengakui keterujaan menjadi bapa buat kali pertama membuatkannya terlalu banyak merancang aktiviti untuk Lara tanpa menyedari perkara tersebut mungkin tidak perlu.

“Mungkin sebab terlalu teruja pertama kali jadi bapa, saya suruh Lara lakukan semua perkara, masuk kelas itu dan ini, buat aktiviti itu dan ini.

“Dulu saya banyak try and error dengan Lara, walhal tidak perlu pun semua perkara itu,” jelasnya.

Berbeza dengan anak kedua, Awal memilih untuk memberikan lebih banyak ruang agar mereka bebas mengenal pasti minat sendiri.

“Bila ada anak kedua, saya tidak suruh buat macam-macam. Biar dia sendiri lakukan apa yang dia minat.

“Itulah yang saya lihat pada diri saya sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Awal menyifatkan Lara sebagai anak yang lembut hati dan pendiam, namun mengakui bimbang melihat cabaran dunia hari ini.

“Lara mengajar saya erti menjadi bapa yang waras dan memahami anak.

“Saya ada juga rasa risau dengan dunia hari ini yang penuh cabaran. Boleh ke anak sulung saya tempuhi semua itu.

“Saya harap dia akan terus dilindungi dan mampu berdiri mempertahankan dirinya dalam apa jua keadaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awal dan Scha secara rasmi diumumkan sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung JAM, sekali gus menerajui usaha memperluaskan operasi syarikat ke pasaran pengguna berbahasa Melayu menerusi pelancaran JAM Bahasa.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

Must Watch Video

Advertisement