Skip to main content

Hiburan

Layla Sania Ulas Dakwaan Lirik Lagu Raya Dihasilkan Kecerdasan Buatan (AI) - “Ini Pertama Kali Saya Tulis Lagu Melayu...”

Astro Gempak 265

Sekilas

  • Layla Sania bersyukur lagu raya Melayu dan Cina nyanyiannya, Raya Berseri, mendapat sambutan positif daripada orang ramai.
  • Layla jelaskan lirik lagu itu datang daripada pengalaman bersama ayahnya, walaupun dia menggunakan AI sebagai panduan untuk struktur dan perkataan.
  • Dia menghargai semua pandangan termasuk kritikan dan melihat penggunaan teknologi sebagai alat bantu dalam proses berkarya.

Penyanyi Layla Sania meluahkan rasa syukur apabila lagu raya nyanyiannya berjudul Raya Berseri mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Menurut Layla atau nama penuhnya Layla Sania Khairuzikr, penerimaan tersebut merupakan satu penghargaan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan sambutan yang diterima untuk lagu raya Melayu saya dan juga lagu raya Chinese saya.

“Saya rasa ini penghargaan yang sangat besar dalam karier saya. Terima kasih sangat,” katanya ketika dihubungi Gempak. 

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mendakwa lirik lagu tersebut kedengaran seperti dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI), Layla menjelaskan proses penghasilan lagu itu sebenarnya datang daripada idea dan pengalaman dirinya bersama ayahnya.

vddf

Namun, Layla akui ada juga merujuk alat kecerdasan buatan (AI) sebagai panduan ketika penghasilan lagu tersebut memandangkan ini merupakan kali pertama dia menulis lagu dalam bahasa melayu. 

“Bila saya buat lagu dengan walid (ayah) saya, idea, inspirasi dan cerita pengalaman semua datang daripada kami.

“Cuma kalau saya nak cari perkataan, semak struktur atau nak inspirasi untuk tambah atau kurangkan sesuatu, saya ada guna AI juga sebab ia macam kamus untuk saya.

“Saya punya lirik, penggunaan bahasa memang ada sedikit pengaruh Mandarin, mungkin bunyinya pelik sedikit dalam Bahasa Melayu.

“Ini pertama kali saya tulis lagu dalam Bahasa Melayu. Biasanya saya ada orang lain yang tulis lirik untuk saya, jadi kadang-kadang untuk pastikan lirik itu betul saya memang minta bantuan AI,” jelasnya.

Bagaimanapun, Layla yang cukup popular dalam pasaran lagu Mandarin, menegaskan dia menghargai setiap pandangan yang diterima daripada pendengar termasuk kritikan.

“Apa pun saya hargai pandangan orang, tidak kisah positif atau kritik kerana itu yang bantu saya berkembang sebagai artis dan pembuat lagu.

“Saya juga tiada masalah kalau ada yang guna teknologi. Kita boleh gunakan sebagai alat inspirasi dan panduan, saya rasa tiada masalah dengan perkara itu,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement