Skip to main content

Hiburan

“Lebih Dari Rempit, Ada Jiwa Macam Filem…” - Zaki Yamani Terus Nak Beli RXZ Lepas Tonton Malaikat Malam

Malaikat Malam

Sekilas

  • Zaki Yamani berkongsi pengalamannya menonton filem Malaikat Malam yang bukan sekadar cerita rempit, tetapi penuh dengan elemen kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.
  • Filem arahan Nazifdin Nasrudin ini mendapat pujian kerana plotnya yang menarik dan sesuai untuk penonton Gen-Z.
  • Malaikat Malam akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac, dengan tiket sudah boleh didapati sekarang.

Penyanyi, Zaki Yamani berkongi pengalamannya menjadi antara individu terawal menonton filem terbaharu Viper Studios dengan kerja Skop Production, Astro Shaw dan Primeworks Studios yang berjudul Malaikat Malam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zaki berpendapat filem sentuhan anak muda, Nazifdin Nasrudin ini bukanlah berlatarbelakangkan dunia permotoran jalanan semata-mata namun sarat dengan elemen kehidupan seperti kekelurgaan, percintaan dan juga persahabatan.

“Aku ingat cerita rempit je tapi dia dah macam filem Azura tapi versi Gen-Z.

“Okay korang, saya baru saja selesai menonton filem Malaikat Malam. Apa yang saya kata ini jujur ya, filem ini bukan pasal rempit saja tapi ada juga elemen percintaan, patah hati,” kongsinya.

Zaki turun menyarankan orang ramai untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan.

“Filem ini juga ada plot dan korang kena tengok sendiri. Sampaikan saya bila keluar pawagam, saya terasa nak juga jadi mat rempit.

“Saya dan kawan saya bercadang nak tengok lagi filem ini. Dua tiga kali mahupun banyak kali pun tak apa,” kongsinya lagi.

Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Que Haidar, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di seluruh pawagam berdekatan sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement