Skip to main content

Hiburan

Lebih Mudah Distrim! Astro Lancar Astro X3, Terbang & Kudrat 1986 Antara Filem Dinanti Penonton

Astro Gempak 270

Sekilas

  • Astro lancar platform penstriman baharu, Astro X3, yang membolehkan pelanggan menonton tanpa dekoder, pemasangan atau kontrak melalui aplikasi di Smart TV.
  • Astro X3 menawarkan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa termasuk filem, drama, siaran langsung sukan serta program hiburan popular.
  • Mulai Julai 2026, Astro X3 menyediakan pelan kontrak dan Disember 2026 akan memperkenalkan pelan tanpa kontrak dengan harga fleksibel untuk pelanggan.

Syarikat media dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro memperkenal platform penstriman terbaharu, Astro X3 yang menawarkan pengalaman menonton lebih mudah tanpa memerlukan dekoder, pemasangan mahupun kontrak buat pelanggan.

Menerusi Astro X3 ini, pelanggan hanya perlu mendaftar dengan menggunakan telefon pintar dan boleh terus menonton menerusi aplikasi Astro di Smart TV.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro iaitu Henry Tan, pelancaran tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan pengalaman hiburan yang lebih mudah dan fleksibel selari dengan perubahan tabiat tontonan masyarakat.

“Di Astro, fokus kami adalah untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan kandungan yang paling dekat di hati mereka. Daripada kisah tempatan yang menarik dan hiburan secara langsung hinggalah siaran langsung sukan bertaraf dunia serta kandungan antarabangsa.

“Seiring perubahan tabiat tontonan, Astro X3 mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan Astro lebih mudah dan mudah diakses berbanding sebelum ini.

“Pelanggan boleh mendaftar terus melalui peranti mudah alih mereka dan mula menstrim serta-merta. Tanpa dekoder, tanpa pemasangan dan mulai Disember 2026, tanpa kontrak, Astro X3 memberikan pelanggan lebih kebebasan dan fleksibiliti untuk menikmati Astro mengikut keperluan mereka sendiri,” katanya dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di D Theatre Malaysia, Empire Damansara pada Selasa.

Dalam majlis sama, Astro turut mengumumkan barisan kandungan baharu yang bakal menemui penonton dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Antara filem yang bakal ditayangkan dan pastinya ditunggu-tunggu penonton adalah Terbang, Kudrat 1968 dan HAK: Tuntut atau Tunduk.

Sementara itu, penonton juga bakal disajikan dengan pelbagai drama baharu termasuk Bulan Henti Bicara, Sumpahan Mencintai, Love of My Life, Jutawan Ekspres 2, Premier League: I Love You, WOLONG: The Mastermind, Maara dan Marmadesam.

Astro turut meneruskan penganjuran program Signature Live menerusi Big Stage Rocketfuel, Astro Star Quest 2026 – The Next Wave, Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2026 serta Kilauan Emas Selebriti.

Selain kandungan hiburan tempatan, Astro X3 turut menawarkan akses kepada Astro Originals, kandungan antarabangsa serta siaran langsung pelbagai acara sukan utama termasuk Liga Perdana, Liga Juara-Juara AFC dan UEFA, Formula 1, MotoGP, Wimbledon serta kejohanan badminton antarabangsa.

Mulai 20 Julai 2026, Astro X3 menawarkan dua pelan kontrak selama 12 bulan iaitu Entertainment 12 Pack pada harga RM39.99 sebulan dan Sports 12 Pack pada harga RM89.99 sebulan buat pelanggan.

Bagi mereka yang mahukan lebih fleksibiliti, Astro turut akan memperkenalkan pelan tanpa kontrak bermula Disember 2026 dengan harga bermula RM59.99 sebulan bagi Entertainment Pack dan RM109.99 sebulan untuk Sports Pack.

Anda mungkin berminat dengan

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement