Skip to main content

Hiburan

Lelaki Luah Rasa Kecewa, Dakwa Isteri Curang & Berkali-Kali ‘Check In’ Dengan Pemain Import Liga Super - “Sampai Hati Buat Saya Macam Ini”

Curang

Sekilas

  • Seorang lelaki mendakwa isterinya berlaku curang dengan pemain import sebuah kelab Liga Super dalam pendedahan yang tular di media sosial.
  • Lelaki tersebut yang juga pemain bola sepak mendakwa isterinya beberapa kali menempah hotel untuk bersama pemain import berusia 28 tahun itu.
  • Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kelab atau pemain berkenaan, dan pengadu telah memadam hantaran demi menjaga aib keluarga.

Arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedah tular dibuat seorang lelaki apabila dia mendakwa isterinya telah berlaku curang dengan seorang pemain import sebuah kelab di Liga Super.

Memetik laporan Berita Harian, lelaki tersebut membuat pendedahan selepas sudah tidak tahan dengan perbuatan isterinya yang telah menghancurkan perasannya.

Menerusi hantaran tular yang dibuat, lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang pemain bola sepak turut mendakwa isterinya sudah berkali-kali menempah hotel untuk tidur bersama pemain import itu.

Khabar angin itu kemudiannya menyorot perhatian apabila pemain import berusia 28 tahun itu merupakan antara tonggak utama buat pasukannya bagi musim ini.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pihak kelab mahupun pemain berkenaan mengenai dakwaan ini.

Sementara itu, si pengadu memilih untuk memadam hantaran yang dibuat demi menjaga aib keluarga.

Sumber: Berita Harian, Facebook

Must-Watch Video

Advertisement