Skip to main content

Hiburan

“Lembut Saja Orangnya, Manja & Masih Seksi…” - Zila Bakarin Teruja Dapat Jumpa Wann Rashidah

Zila Bakarin

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Zila Bakarin terkejut dan gembira apabila penyanyi idolanya, Wann Rashidah, hadir memberi sokongan di minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES).
  • Zila berkongsi rasa syukur dan menganggap pertemuan itu sebagai satu keajaiban yang tidak pernah dijangka.
  • Wann Rashidah dilihat sangat lembut dan manja, malah sanggup menunggu Zila habis menyanyi sebelum pulang, menjadikan malam itu lebih bermakna.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Zila Bakarin meluahkan rasa syukur apabila diberi kejutan dengan kehadiran penyanyi Wann Rashidah pada minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES) pada Sabtu lalu. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Zila berasa gembira dapat berjumpa dengan Wann Rashidah yang dianggap sebagai idolanya dalam dunia nyanyian.

 

“Alhamdulillah… terima kasih Allah, terlalu banyak keajaiban yang telah kau beri pada ku… syukur.🤲🏻 Terima kasih @astromalaysia dan team KES… kejutan apakah ini.

Advertisement

 

“Saya jumpa idola kita… penyanyi yang bagi kita tiada tandingan dan sangat unik… Wann Rashidah,” kongsi Zila. 

 

Pada perkongsian yang sama, Zila mengakui dia tidak pernah terfikir akan bertemu dengan Wann Rashidah yang disifatkan lembut dan manja. 

 

“Tak pernah terpikir dapat jumpa… ya allah, lembut saja orangnya, manja dan still seksi. Malam tu kita menyanyi special untuk dia.

 

“Dia sanggup tunggu saya habis menyanyi baru dia balik… terima kasih sangat kak Wann.. ‘Terlerai Kasih’ lagi favourite saya. Kak WANN, Love you sangat… adore you,” katanya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement