Sekilas
- Leonardo DiCaprio sering memakai topi yang menutup hampir seluruh wajahnya ketika muncul di khalayak ramai.
- Dia menjelaskan bahawa tindakan itu bertujuan untuk mengelak perhatian dunia glamor dan menyeimbangkan kehidupan peribadi dengan kerjaya.
- Selain topi, DiCaprio juga memakai penutup muka sejak pandemik COVID-19 sebagai langkah perlindungan.
Pesohor Hollywood, Leonardo DiCaprio diketahui kerap berpenampilan aneh sewaktu muncul di khalayak umum.
Dalam kebanyakan foto dan video yang dirakamkan, aktor itu akan memakai tutup sehingga menutup hampir keseluruhan wajahnya.
DiCaprio buat pertama kali mendedahkan punca dan sebab dirinya menutup separuh wajah dengan topi sehingga mendapat kritikan.
Menurut bintang yang meraih sukses seawal usia 20 tahun menerusi filem Titanic, tindakan itu dilakukan demi ‘keluar’ daripada perhatian dunia glamor yang telah mengekorinya selama ini.

Lelaki berusia 51 tahun yang dinobatkan sebagai Time’s Entertainer of the Year itu mengatakan dengan berpenampilan demikian, dia cuba untuk menyeimbangkan kehidupan peribadi berbanding menjadi bintang.
“Ia cara saya menyeimbangkan kehidupan dewasa saya. Jadi filosofi saya mudah, untuk keluar daripada ‘pandangan’ dan tumpuan, saya perlu ‘hilang’ sebaik mungkin.
“Dan ya, saya memang boleh bertahan lama kerana karier saya tetapi saya juga perlu bijak untuk berhenti menarik perhatian di luar ‘waktu kerja’,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Selain daripada melindungi wajah dengan topi, Dicaprio juga tampil memakai penutup muka sejak pandemik COVID 19 melanda dunia.
