Sekilas
- Sebuah video di Threads menunjukkan Kamal Adli sedang mendodoikan anak perempuannya, Hawra Uqaira, di sebuah kedai makan.
- Video itu dipercayai dimuat naik oleh Fariz Rose, bapa kepada aktres Raysha Rizrose, yang juga kelihatan dalam video tersebut bersama Farza Dida.
- Wargamaya memuji Fariz sebagai bapa mentua yang baik dan menyatakan rasa sebak melihat Kamal yang rindu pada anaknya.
Tular sebuah video di Threads memperlihatkan pelakon Kamal Adli sedang mendodoikan anak perempuannya iaitu Hawra Uqaira di kedai makan.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun Threads, dipercayai milik bapa kepada aktres Raysha Rizrose iaitu Fariz Rose.
“Alhamdulillah… life goes on, move on,” tulisnya secara ringkas.
Dalam video tersebut juga kelihatan adik kepada Raysha dan juga Uqasha Senrose iaitu Farza Dida.
Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat Kamal bersama anaknya selain menganggap Fariz seorang bapa mentua yang baik.
“Alhamdulillah, baiknya bapa mentua.
“Good father in law. No side mana-mana pihak even anak menantu dah bepisah. Berperanan jadi orang tengah yang tidak melagakan lagi keadaan. Semoga family uncle dilindungi dan dirahmati Allah.
“Sedih pula tengok Kamal betul-betul rindukan anak dia,” komen wargamaya.
Sumber - Threads