"Bukan hamil!" demikian tegas pempengaruh dan usahawan sensasi Prince Syed, menafikan dakwaan isterinya kini sedang berbadan dua.
Spekulasi itu timbul selepas memuat naik video dan foto isterinya, Fatin Syazwani berada dalam keadaan lemah dan wajah pucat.
Advertisement
Bagaimanapun, jelas Prince Syed, isterinya berkemungkinan telah disihir oleh individu tidak kenali selepas tular bisnes Laksa Viral baru-baru ini.
"Oklah harini kami terpaksa jujur, wife saya tak ok, dia sakit teruk, tolong doakan wife saya.
"Baru-baru ini saya ada publish video dan ramai kata muka wife sy nampak lain, ya… sebab dia tengah sakit. Faham-fahamlah sakit pasal apa, sekarang mata wife terus jadi senget, lidah keras tak boleh bercakap dan lidah jadi pelik keadaannya.
"Wife saya dah tak boleh berjalan normal, masa di langkawi dia dah kene dah tapi kami tak adalah nak fikir bukan-bukan. Sekarang, isteri saya sendiri kata suruh publish keadaan dia supaya orang tak salah tafsir dan harap orng faham yang dia tak boleh ada kat tapak niaga sementara kerana sakit teruk.
"Dugaan Allah buat isteri yang sangat kuat selama ni, rasa tak bermaya lihat dia sakit camni, sesiapa boleh tolong? Harap ada keajaiban dari Allah sebab kami nak niaga Laksa Viral tapi orang asyik dengki," kongsinya.
Prince Syed turut mendedahkan isterinya itu pernah muntah darah dan beberapa kali terlihat kelibat lembaga di tempat mereka menginap.
"Kami ada ke klinik untuk mendapatkan rawatan, kata doktor wife saya kurang vitamin dan disarankan untuk ambil drip tapi dia tak mahu.
"Pernah juga wife saya muntah darah yang banyak. Mula-mula masa saya kongsikan video di TikTok orang ingat wife saya hamil.
"Selain itu, ada juga berlaku kejadian pelik di tempat kami menginap, pintu rumah digoncang dan ditendang kuat. Tombol pintu macam nak tercabut 'dia' hentak.
"Lepas tu di tandas nampak 'benda alah' tu mencangkung," katanya kepada Gempak.
Ok lah harini kami terpaksa jujur , wife saya tak ok , dia sakit teruk , tolong doakan wife saya , baru ni sy ada publish video dan ramai kata muka wife sy nampak lain , YES … sebab dia tgh sakit , faham2 lah sakit pasal apa … now mata wife terus jadi senget , lidah keras x leh bercakap dan lidah jadi pelik keadaannya dan wife saya dah x boleh jalan normal , masa di langkawi dia dah kene dah tapi kami x de lah nak pikir bukan2 , now dah tak boleh , isteri saya sendiri kata suruh publish keadaan dia supaya orang x salah tafsir dan harap orng faham yang dia x leh ada kat tapak niaga sementara … kerana sakit teruk , esok nak niaga kat GUAR UTAMA 😭 dugaan Allah buat isteri yang sangat kuat selama ni , rasa tak bermaya lihat dia sakit camni … sesapa leh tolong ? Harap ada keajaiban dari Allah sebab kami nk niaga LAKSA VIRAL tapi orng asyik dengki 😭 tak boleh lah tengok wife camni
Prince Syed yang kini berada di Guar Chempedak, Kedah, untuk berniaga Laksa Viral berharap ada pihak yang sanggup merawat isteri dan dirinya yang semakin lemah setiap hari.
"Kenapalah tiap kali niaga Laksa Viral pasti jadi macam-macam orang dengki. Moga ada yang punyai ilmu lebih dapat membantu saya sekeluarga dan terus dilindungi," katanya.