Sekilas
- Isa Khan menegaskan bahawa tanggungjawab seorang bapa terhadap anak tidak berakhir walaupun hubungan rumah tangga sudah putus.
- Beliau menegur lelaki yang culas memberi nafkah kerana ia membebankan ibu tunggal yang membesarkan anak seorang diri.
- Isa mencadangkan hukuman penjara bagi lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab nafkah kepada anak.
Pelakon, Isa Khan tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu lelaki yang culas memberikan nafkah kepada anak.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Isa berkata tanggungjawab seorang bapa terhadap anak tidak seharusnya terhenti meskipun hubungan rumah tangga bersama pasangan sudah berakhir.
Kegagalan menunaikan nafkah bukan sahaja memberi kesan kepada anak, malah boleh menyebabkan ibu terpaksa menanggung beban membesarkan anak seorang diri.
Dalam hantaran itu juga, Isa turut menyatakan tindakan lelaki yang gagal menjalankan tanggungjawab terhadap anak sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat.
“Lelaki yang culas nafkah anak sepatutnya di hukum penjara.
“Betapa banyak ibu tunggal kat luar sana yang struggle gila untuk besarkan anak kau, darah daging kau. Dasar jantan,” tulisnya.

Pandangan Isa itu juga rata-ratanya dipersetujui oleh netizen yang turut memberikan komen serupa.

