Skip to main content

Selebriti

‘Live’ Berniaga Sering Diganggu Komen Berbaur Kecaman, Fattah Amin Minta Netizen Hormat Tempat Cari Rezeki - “Jika Nak Cakap Perkara Negatif, Cari Ruang Lain”

Fattah kecaman

Sekilas

  • Fattah Amin berharap netizen lebih berhemah ketika meninggalkan komen di siaran langsung yang dijalankan untuk tujuan perniagaan bersama isterinya, Amira Othman.
  • Fattah menegaskan ruang siaran langsung sepatutnya digunakan untuk berinteraksi dan berniaga, bukan untuk komen negatif, terutama daripada akaun palsu.
  • Fattah menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata, terutamanya dalam bulan Ramadan, dan mengingatkan bahawa setiap perbuatan diperhatikan oleh Allah.

Pelakon, Fattah Amin, berharap netizen lebih berhemah ketika meninggalkan komen di media sosial, terutama ketika dia dan isterinya, Amira Othman sedang mengendalikan sesi siaran langsung bagi tujuan perniagaan.

Menurut Fattah, ruang siaran langsung itu sepatutnya digunakan untuk berniaga dan berinteraksi mengenai perniagaan, bukannya untuk menulis perkara yang tidak baik.

“Macam yang berlaku baru-baru ini, komen negatif di media sosial, ketika itu saya sedang membuat siaran langsung untuk menjual barang dan mencari rezeki.

“Tiba-tiba ada komen yang tidak sepatutnya muncul. Kebanyakannya pula daripada akaun palsu.

“Saya hanya menasihatkan mereka bahawa ruang siaran langsung itu adalah untuk berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan serta peminat.

“Bukan untuk menulis perkara yang tidak baik. Jika ingin berkata perkara negatif, carilah ruang lain,”katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2026 di Hotel Pavillion di ibu negara, semalam.

Tegas Fattah, teguran yang diberikan secara terus terang baru-baru supaya mesej tersebut difahami oleh semua pihak, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang menuntut umat Islam menjaga tutur kata.

“Saya bercakap secara terus terang supaya orang faham. Tambahan pula dalam bulan puasa, sepatutnya kita bercakap perkara yang baik.

“Kadang-kadang memang perlu bercakap secara terus kerana jika berkias, ada yang tidak faham.

“Walaupun begitu, kalau masih ada yang menggunakan akaun palsu untuk menulis perkara negatif, itu terpulang kepada mereka.

“Itu antara mereka dengan Tuhan. Kita hanya boleh menasihatkan dengan baik.

“Setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya diperhatikan. Allah Maha Melihat. Jadi kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita katakan.

“Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita memang terasa dengan kata-kata orang. Tetapi apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersabar,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement