Skip to main content

Viral

Live Bersama, Nur Nilam Ortiz Jawab Dakwaan Rujuk Dengan Azlan Komeng - "Dia Masih ..."

ASTRO GEMPAK nilam azlan

Pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz akhirnya tampil menjawab pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan bekas suami, Azlan Komeng.

Perkara itu tercetus selepas Azlan dilihat sering muncul dalam sesi siaran langsung yang dikendalikan Nilam di TikTok sehingga mengundang pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Selain dakwaan kononnya mereka sudah kembali rujuk, ada juga yang mendakwa pasangan itu masih tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai.

Bagaimanapun, Nilam menegaskan segala dakwaan yang berlegar hanyalah spekulasi dan tidak berasaskan fakta.

"Saya melihat tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak berasas. Walaupun kami telah bercerai, Azlan masih merupakan rakan perniagaan saya dan mempunyai tanggungjawab tertentu dalam operasi Nilam Empire.

"Kehadirannya dalam sesi siaran langsung adalah atas kapasiti profesional serta berkaitan urusan perniagaan," katanya.

Menurut Nilam, hubungan baik yang masih terjalin antara mereka juga didorong oleh tanggungjawab bersama dalam membesarkan anak-anak.

Katanya, Azlan sentiasa berusaha meluangkan masa bersama keluarga dan beliau tidak pernah menghalang perkara tersebut.

"Azlan sentiasa berusaha meluangkan masa bersama anak-anak dan saya tidak pernah menghalang perkara itu. Dia tetap ayah kepada anak-anak kami.

"Saya percaya perceraian bukan alasan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan atau mewujudkan permusuhan antara dua individu yang pernah berkongsi kehidupan bersama," katanya.

Dalam masa sama, Nilam berkata fokus utamanya ketika ini adalah memperkukuhkan empayar perniagaan yang dibina dan memastikan produk keluaran Nilam Empire terus mendapat kepercayaan pengguna.

"Saya mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri dalam menguruskan kehidupan peribadi serta perniagaan.

"Fokus utama saya ketika ini adalah memastikan Nilam Empire terus berkembang dan memberikan produk berkualiti tinggi kepada pengguna," katanya.

Mengulas mengenai cabaran dalam dunia perniagaan, Nilam turut mendedahkan kebimbangan terhadap lambakan produk tiruan yang menggunakan nama dan identiti jenamanya.

"Terdapat pihak yang meniru produk kami hampir sepenuhnya dan menjualnya pada harga yang jauh lebih rendah.

"Saya ingin mengingatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membeli. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang terlalu murah kerana kualiti serta keselamatan pengguna harus menjadi keutamaan," katanya.

Tegas Nilam, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati meniru atau menjual produk tiruan menggunakan nama Nilam Empire.

"Mungkin ada pihak yang mampu meniru rupa luaran produk kami, tetapi mereka tidak mampu meniru kualiti, formulasi dan standard yang kami bangunkan.

"Produk Nilam Empire dihasilkan menerusi gabungan kepakaran beberapa pengilang yang berbeza dengan setiap proses dikawal secara strategik bagi memastikan hasil akhir yang premium dan eksklusif kepada pengguna," katanya.

Dengan reputasi yang semakin berkembang dalam industri kesihatan dan kecantikan, Nilam berkata fokusnya kini adalah untuk terus memperkukuhkan jenama yang dibina sambil mengekalkan kepercayaan pengguna yang telah menyokong perniagaannya selama ini.
 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement