Skip to main content

Hiburan

Liyana Jasmay Anggap Pakai Seksi Perkara Biasa, Terbuka Terima Teguran Netizen - “Seluar Pendek Memang Saya…”

Liyana Jasmay

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mengakui dirinya sering tampil dengan pakaian seksi dalam kehidupan harian, namun jarang berkongsi penampilannya itu kepada umum di media sosial.

Menurut Liyana, isu berkenaan hanya timbul selepas dia memuat naik gambar memakai seluar pendek di Instagram baru-baru ini.

“Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak dimuat naik ke media sosial. 

"Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu,” katanya kepada Gempak. 

Advertisement

Mengulas lanjut, pengarah drama Putri & Phrince itu berkata dia tidak menyalahkan netizen yang menegurnya kerana menyedari pakaian seksi bukanlah sesuatu yang patut ditonjolkan.

Malah, Liyana menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka. 

“Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

“Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya. Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat," tambahnya. 

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

Must-Watch Video

Advertisement