Pelakon, Liza Abdullah mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan gelagat mencuit hati dalam siri Paranormal Bersama Cik Lan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, Liza atau nama penuhnya Norliza Abdullah dilihat membawa sebuah hanger bagi persediaan awal sekiranya Cik Lan cuba mendekati dirinya.
Advertisement
"Saya bersedia kalau Cik Lan dekat. Mana boleh dekat-dekat.
"Saya buat macam ni sebab memang benda ni kan Cik Lan buat jadi isu. Jadi, saya tak nak timbulkan buat-buat benda yang tak baik," ujarnya.'
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu mereka berdua, malah ada yang berseloroh melihat Cik Lan tampak lebih sopan berbanding selalu.
"Mak Leha, standby hanger baru Cik Lan behave.
"Mak Leha baguslah, standby siap-siap. Nanti Cik Lan ambil kesempatan.
"Uish ada Mak Leha, habislah kamu Cik Lan. Jangan main-main dengan Mak Leha," komen netizen.
Sebelum ini, Cik Lan pernah mencuri perhatian kerana dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap beberapa artis jemputannya, khususnya mereka yang memiliki rupa paras menarik dan personaliti tersendiri.
Selain Liza, gelagat Roslan bersama beberapa selebriti lain ketika mencari paranormal juga turut tular antaranya bersama Nabil Ahmad, Azad, Fattah Amin dan Aliff Aziz.