Skip to main content

Hiburan

Luahan Hati Daiyan Trisha Raih Perhatian, Syukur Setiap Ujian & Rezeki - “Terima Kasih Untuk Akal Yang Membolehkan Kita…”

Daiyan Trisha

Sekilas

  • Daiyan Trisha berkongsi rasa syukur atas segala dugaan dan nikmat yang diterima dalam hidupnya menerusi satu perkongsian di Threads.
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada Allah atas rezeki, kesihatan, akal, dan cabaran yang mematangkannya sebagai individu.
  • Wargamaya turut memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Daiyan selepas perkongsiannya itu.

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha meluahkan rasa syukur atas setiap dugaan serta nikmat yang dikurniakan dalam kehidupannya.

 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Daiyan menitipkan doa dan ucapan terima kasih kepada Allah atas segala pengalaman hidup yang mematangkannya sebagai individu.

 

“Ya Allah, terima kasih atas segala dugaan yang memberi banyak pengajaran, terima kasih atas rezeki yang melimpah ruah, terima kasih untuk badan yang sihat boleh bekerja.

 

“Terima kasih untuk akal yang membolehkan kita nilai baik dan buruk, terima kasih atas cabaran yang memberikan kita ruang untuk membesar.

 

“Terima kasih atas liku-liku kehidupan yang mematangkan, terima kasih atas nikmat bernafas yang menzahirkan rasa kesyukuran. terima kasih atas segalanya, ya Allah,” kongsinya. 

 

Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa syukur selain mendoakan yang terbaik buat Daiyan. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement