Sekilas
- Abby Abadi meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap anaknya, Maria Danisha Hakim, sempena ulang tahun kelahiran ke-18 anaknya itu.
- Abby berkongsi bahawa dia merasa dipinggirkan oleh anaknya sejak dalam kandungan dan menegaskan luahannya bukan bersifat toksik.
- Pelakon itu juga mempersoalkan sikap anak-anak yang seolah-olah melupakan pengorbanan dan kasih sayangnya selama ini.
Pelakon, Abby Abadi tidak berasa ralat untuk meluahkan perasaannya di media sosial mengenai anaknya Maria Danisha Hakim sempena ulang tahun kelahiran ke-18.
Menurut Abby, ketika hayat masih dikandung badan, dirinya sudah dipinggirkan oleh anak perempuannya itu.
“Takde salah pun cakap macam tu. Masa hidup dah buat macam tak wujud, kalau meninggal datang buat apa? Itu maksud saya… susah ke nak faham?
“Abaikan je terus selesai masalah. Awak pun tak payah susah-susah fikir. Tak terkait pun dengan hidup awak, okay ☺️,” katanya.
Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan dakwaan bahawa luahannya bersifat toksik, sedangkan menurutnya dia baru sahaja bercakap mengenai perkara tersebut secara terbuka.
“Apa yang toksiknya? Baru ni je saya bercakap tentang ini.
“Awak tahu ke apa yang jadi selama saya hidup ni? Tahu ke lepas bercerai saya mengalah untuk banyak hal?
“Jadi bila sekarang saya nak bercerita untuk anak-anak tu sedar diri, supaya mereka boleh tolong jaga hati maknya ni, apa masalahnya?
“Selama saya baik sebelum ni, awak tak kata apa-apa pun?” ujarnya.
Terdahulu, luahan Abby sempena hari lahir Maria Danisha mengundang perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap situasi yang dilaluinya sebagai seorang ibu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby meluahkan perasaan mengenai pengorbanannya dalam membesarkan anak-anak yang dirasakan seakan-akan dilupakan.
Dalam pada itu, Abby turut mengakui dirinya makan hati dengan anak-anak yang didakwa sudah melupakan segala pengorbanan yang dilakukan selama ini.