Skip to main content

Selebriti

Mahalini Menangis, Akhirnya Buat Comeback - “Saya Rindu Sangat Nak Menyanyi…”

Mahalini menangis

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Mahalini, sebak selepas menyanyi lagu 'Untuk Yang Bersama Nya' di sidang media konsert KOMA, meluahkan rindu pada dunia nyanyian selepas berehat lama.
  • Beliau berkongsi impian dan harapan untuk dirinya serta peminat, sambil mendoakan agar semua dipermudahkan dan sentiasa diberi peluang bertemu keluarga dan rakan.
  • Mahalini kini fokus pada keluarga selepas melahirkan anak pertama dan berkahwin dengan Rizky Febian pada Mei 2024 di Jakarta.

Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini, tidak dapat menahan sebak apabila air matanya mengalir sebaik sahaja selesai membuat persembahan di sidang media KOMA Live in Concert yang berlangsung sebentar tadi.

Membawakan lagu berjudul Untuk Yang Bersama Nya, Mahalini mengakui dirinya sangat merindui dunia nyanyian setelah berehat seketika daripada industri hiburan sebelum ini.

“Semoga kerinduan anda pada saya terubat pada hari ini, saya rindu sangat nak menyanyi, rindu sangat nak berada di hadapan ramai orang seperti ini.

“Semoga semuanya terubat dan saya mempunyai banyak mimpi, untuk anda semua, apa sahaja mimpi kalian yang sama seperti saya, saya harap tercapai,” ujarnya sebak.

Mahalini berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Mahalini KOMA yang diadakan di Hotel FX Sudirman, Jakarta, Indonesia pada Rabu.

Dalam pada itu, Mahalini juga turut berkongsi bahawa dia masih mempunyai banyak impian yang ingin direalisasikan, bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga buat para peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

“Berat apa pun yang kalian lului, semoga dipermudahkan Tuhan dan mencapai apa yang anda inginkan.

“Pesan saya cuma satu, mungkin ada antara anda yang masih mempunyai kedua orang tua, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan, semoga umur kita dipanjangkan supaya kita sentiasa bertemu,” ujarnya.

Terdahulu, Mahalini sudah tidak lagi aktif menyanyi sejak hamil cahaya mata pertama.

Malah, selepas melahirkan, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian pada Februari lalu, Mahalini terus memberi fokus sepenuhnya kepada anak dan keluarga.

Untuk rekod, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.

Must-Watch Video

Advertisement