Skip to main content

Hiburan

Mahkamah Saran Cerai Dilafazkan, Kamal Adli Nekad Terus Pertahan Perkahwinan

Kamal Adli

Sekilas

  • Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihati Kamal Adli untuk melafazkan cerai selepas proses Jawatan Pendamai gagal mencapai kata sepakat.
  • Kamal masih enggan melafazkan cerai kerana mahu mempertahankan rumah tangganya, dan prosiding seterusnya akan diadakan pada 12 Januari tahun depan.
  • Mahkamah mengesahkan wujudnya shiqaq dalam rumah tangga Kamal dan Uqasha Senrose berdasarkan laporan yang merangkumi kekasaran, pukul, nafkah dan pergaduhan berpanjangan.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutaun menasihati pelakon, Kamal Adli untuk melafazkan cerai seperti mana yang dipohon isteri, Uqasha Senrose selepas proses Jawatan Pendamai (JKP) tidak menemui kata sepakat.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak ditunaikan Kamal selaku defendan kerana masih mahu mempertahankan rumah tangganya.

Menurut peguam yang mewakili Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian, mahkamah kemudiannya melantik hakim dan prosiding akan dilakukan pada 12 Januari tahun hadapan.

“Laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) sudah gagal, jadi mahkamah nasihatkan Kamal selaku defendan untuk melafaz talak satu tetapi defendan enggan berbuat demikian.

“Jadi, apabila masih enggan, mereka perlu melalui prosiding seterusnya iaitu hakam iaitu 12 Januari tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Syazmee memaklumkan bahawa mahkamah turut mensabitkan wujudnya shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga Kamal dan Uqasha.

“Berdasarkan laporan JKP, mahkamah mengatakan laporan tersebut sangat terperinci berkaitan dengan kekasaran rumah tangga, pukul, nafkah dan pergaduhan yang tidak berhenti.

“Jadi mahkamah mengambil kira faktor tersebut dan mensabitkan adanya shiqaq dalam rumah tangga pihak-pihak ini,” katanya.

Pada 1 Disember lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Kosmo

Must-Watch Video

Advertisement