Pelakon, Syifa Melvin bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsi oleh kakak kepada Syifa iaitu aktres, Syatilla Melvin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Advertisement
Menerusi video itu, Syatilla berkongsi momen kejutan dibuat dilakukan pada acara gender reveal yang turut diraikan bersama majlis ulang tahun kelahiran anak pertama Syifa pada Ahad.
Pada mulanya Syatilla dilihat bertanya kepada beberapa tetamu mengenai jantina bayi yang dikandung Syifa.
Namun selepas mengetahui jangkaannya tepat, Syatilla kelihatan menjerit kegembiraan dan melompat bersama beberapa tetamu yang hadir.
“Gender reveal anak Syifawi, mak ngah menang!”, tulisnya.
Berikut merupakan video penuh Syatilla:
Untuk rekod, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 31, mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kuala Lumpur City FC, Safawi Rashid pada 28 November 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Saif Sulaiman yang kini berusia dua tahun.