Skip to main content

Hiburan

“Mak Tak Tahu Tentang Kecaman Di Media Sosial, Hanya Duduk Di Rumah & Tonton Televisyen” - Nubhan

Mak Jenny

Ringkasan AI

  • Nubhan dedahkan ibunya, Mak Jenny, tidak tahu tentang kontroversi rumah tangganya dengan isteri, Dr. Afifah.
  • Ibunya yang berusia 80 tahun menjalani kehidupan biasa dan hanya tahu mereka sudah berpisah.
  • Nubhan akui sukar fokus pada Gegar Vaganza 12 kerana isu peribadi, tapi dapat kekuatan dari ibu dan anak-anak.
  • Dia tidak mahu lagi bercakap tentang kemelut rumah tangga dan hargai sokongan peminat serta rakan-rakan.
  • Nubhan telah failkan pengesahan lafaz cerai dan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga anak mereka di mahkamah syariah.

Penyanyi, Nubhan mendedahkan bahawa ibunya, Badariah Omar atau lebih mesra disapa Mak Jenny tidak mengetahui sebarang kontroversi yang melibatkan dirinya susulan kemelut rumah tangga bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, ibunya yang sudah menginjak ke usia 80 tahun menjalani kehidupan seperti biasa di rumah. 

“Sejujurnya, mak saya tak tahu apa-apa. Dia berada di rumah dan terbaharu saya beritahu dia, ‘mak, adik masuk GV, tolong doakan’.”

“Mak saya tak tahu apa yang berlaku di media sosial, tak tahu apa yang orang mengata. Dia cuma tahu saya dan isteri sudah berpisah. Tapi hidupnya tetap seperti biasa. Usianya pun sudah lanjut, kadang-kadang pun terlupa, badan pun sakit-sakit,”  katanya kepada Gempak. 

Nubhan berkongsi perkara tersebut usai konsert minggu kedua Gegar Vaganza 12 (GV12) yang diadakan di Auditorium MBSA, minggu lalu.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ itu mengakui agak sukar untuknya memberikan sepenuh perhatian kepada program GV12 dikala kemelut rumah tangganya menjadi perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, Nubhan menjadikan ibu serta ketiga anaknya sebagai sumber kekuatan untuk dia maju ke hadapan.

“Saya ini orang biasa, mudah rasa lemah. Jadi saya hanya mohon kekuatan dan doa agar terus diberikan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza”.

“Kekuatan saya adalah anak-anak dan mak saya. Kalau tak ada mereka, saya mungkin tak sekuat sekarang,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi dan usahawan yang berusia 39 tahun ini memaklumkan dia tidak lagi mahu bercakap mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri.

“Saya rasa cukuplah bercakap tentang perkara ini. Apa pun saya bersyukur kerana peminat dan rakan-rakan banyak memberikan sokongan dan kepercayaan. Kalau tidak, saya mungkin tidak berdaya untuk terus membuat persembahan.

“Tekanan daripada Gegar Vaganza ditambah pula dengan isu peribadi menjadikan saya memerlukan sekecil-kecil semangat untuk terus kuat,” kongsinya.

Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

Mahkamah menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai berkenaan

Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement