Skip to main content

Hiburan

Makin Dikenali, Anak Sulung Anzalna Nasir Jadi Tumpuan Ramai - "Dia Tanya Kenapa Dia Famous..."

Anzalna Nasir

Sejak tular di media sosial, pelakon, Anzalna Nasir akui anak sulungnya, Mohamad Eidress kini semakin dikenali ramai. 

 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Anzalna berkata kemana sahaja anak terunanya pergi pasti akan ada individu yang ingin bergambar malah ada juga yang tidak segan memberikan hadiah kepadanya. 

 

“Sekarang ni ke mana Eidrees pergi mesti ada orang nak ambil gambar dengan dia. Kadang-kadang ada juga yang hantar hadiah dan bagi duit. Dia tanya kenapa dia famous. Nak jawab apa ni guys?” tulis Anzalna.

 

Anzalna juga berterima kasih kepada semua netizen yang menyayangi anaknya itu. 

 

“Terima kasih minat anak I. MashaAllah TabarakAllah,” tambahnya. 

 

 

Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. 

 

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emre.

Must-Watch Video

Advertisement