Skip to main content

Hiburan

Malaikat Malam Raih Sambutan Hangat, Catat Kutipan RM14 Juta Di Pawagam

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam berjaya meraih kutipan RM14 juta sejak mula ditayangkan di seluruh negara.
  • Filem ini mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang berubah selepas melanggar seorang gadis buta, Ratna.
  • Malaikat Malam masih ditayangkan di pawagam dan menampilkan pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol.
Advertisement

Filem Malaikat Malam terus mengukuhkan statusnya sebagai naskhah fenomena tahun 2026 dengan meraih kutipan RM14 juta di seluruh negara sejak mula ditayangkan.

Seiring dengan pencapaian tersebut, Malaikat Malam terus merancakkan industri filem tempatan dengan harapan menjadi pembakar semangat untuk karya-karya lain selepas ini. 

Advertisement

Menurut Penerbit Syafiq Yusof dari Viper Studios, pencapaian ini merupakan satu penghargaan besar buat seluruh tenaga kerja di belakang tabir yang  bertungkus-lumus menjayakan filem ini. 

“Kami amat bersyukur dengan sambutan luar biasa yang terus diberikan oleh penonton. Pencapaian kutipan RM14 juta ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kepercayaan dan sokongan padu terhadap karya tempatan.

Kami berharap Malaikat Malam akan terus menambat hati penonton, kekal menjadi pilihan di pawagam, dan terus relevan sepanjang tempoh tayangannya,” katanya. 

Mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, Malaikat Malam membawa kisah tentang perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Malaikat Malam membariskan pelakon Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf.

Malaikat Malam masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, dapatkan di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement