Skip to main content

Selebriti

Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah Vs Che Ton Raih Pengiktirafan Di Markies Awards Malaysia 2026

Markies Awards Malaysia 2026

Sekilas

  • Filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike dan program realiti Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton berjaya meraih tujuh anugerah di MARKies Awards Malaysia 2026.
  • Anugerah MARKies mengiktiraf kempen pemasaran kreatif dan berkesan yang menghubungkan jenama dengan penonton secara relevan dan dekat.
  • Astro Shaw dan Astro Gempak menjadi rakan strategik utama dalam menghasilkan kempen yang menggabungkan kreativiti, budaya dan pemahaman mendalam terhadap pengguna tempatan.
Advertisement

Filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike serta program realiti drama masakan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton melakar pencapaian membanggakan apabila meraih tujuh anugerah merentasi pelbagai kategori di MARKies Awards Malaysia 2026.

MARKies Awards Malaysia merupakan anugerah pemasaran dan pengiklanan berprestij yang telah berlangsung hampir dua dekad, dianjurkan oleh MARKETING-INTERACTIVE.

Advertisement

Anugerah ini mengiktiraf kempen paling kreatif dan berkesan di Malaysia, merangkumi pelbagai kategori termasuk kreativiti, strategi media serta keberkesanan kempen yang memberi impak nyata kepada jenama.

Sehubungan itu, pengiktirafan ini menonjolkan kekuatan kempen pemasaran berteraskan penceritaan tempatan yang bukan sahaja kreatif, malah berkesan dalam menghubungkan jenama dengan penonton, peminat dan pengguna secara lebih dekat dan relevan.

Dua filem tersebut merupakan terbitan Astro Shaw yang direalisasikan melalui kolaborasi bersama rakan strategik, Kopi Wonda bagi Malam Terlarang, serta 7UP dan Mirinda untuk Abah Saya Uncle Mike. Sementara itu, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton merupakan terbitan Astro Gempak dengan kerjasama Goodday.

Antara kemenangan yang diraih termasuklah:
 

Filem Malam Terlarang:

Perak – Most Creative Immersive Brand Activation menerusi kempen Wonda Coffee - “Stay Strong at Malam Terlarang”

Perak – Most Effective Use Digital menerusi kempen Wonda Coffee – “Stay Strong at Malam Terlarang”
 

Filem Abah Saya Uncle Mike:

Emas – Most Creative Video menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”

Emas – Most Effective Use Integrated Media menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”

Perak – Most Creative Multicultural Marketing menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”

Gangsa – Most Creative Integrated Media menerusi kempen 7UP x Mirinda – “The Story That United a Nation: Driving 23% Sales Growth”


Dapur Goodday : Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton:

Perak – Most Effective Use Events menerusi kempen Goodday – “How Goodday Was First to Turn Stories to Stalls, Driving +23% Sales”

Pencapaian ini membuktikan bahawa karya seni tempatan bukan lagi sekadar hiburan, tetapi telah berkembang menjadi platform strategik untuk jenama mencipta kolaborasi kreatif yang relevan dan berimpak dalam landskap pemasaran.

Kemenangan ini turut memperkukuh peranan Astro Shaw dan Astro Gempak sebagai rakan strategik dalam membangunkan kempen yang menggabungkan kreativiti, budaya dan pemahaman mendalam terhadap penonton, peminat, serta pengguna tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement