Ringkasan AI
- Filem seram Malam Terlarang berjaya mencatat kutipan terkini sebanyak RM5 juta sejak tayangan pada 30 Oktober lalu.
- Filem ini kekal di tangga teratas carta Top Movies GSC sepanjang tempoh tayangan.
- Malam Terlarang mendapat pujian ramai penonton atas jalan cerita, lakonan mantap, dan elemen seram yang setaraf filem antarabangsa.
- Filem arahan Nurhanisham Muhammad ini menampilkan gandingan pertama Zul Ariffin dan Sofia Jane serta pelakon lain seperti Shasha Abedul dan Sabri Yunus.
- Berlatar era 1980-an, filem ini mengangkat kisah mistik dan ritual Nusantara dengan mesej kekeluargaan dan pengorbanan.
Fenomena filem Malam Terlarang terus hangat apabila naskhah seram terbitan Astro Shaw itu kini berjaya mencatat kutipan terkini sebanyak RM5 juta, sekali gus kekal berada di tangga teratas carta Top Movies GSC sejak mula ditayangkan pada 30 Oktober lalu.
Perkara itu diumumkan menerusi perkongsian di Instagram rasmi Astro Shaw.
Kejayaan ini menandakan Malam Terlarang bukan sahaja mendapat sambutan memberangsangkan dari segi kutipan tiket, malah terus mencetus fenomena di media sosial apabila ramai penonton memuji jalan cerita, lakonan mantap serta elemen seramnya yang dikatakan ‘setaraf filem luar negara’.
Menampilkan gandingan pertama kali dua pelakon hebat, Zul Ariffin dan Sofia Jane, filem arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) itu turut dibintangi Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.
Berlatar era 1980-an, Malam Terlarang mengangkat kisah mistik dan ritual Nusantara yang disulami mesej kekeluargaan serta pengorbanan manusia demi kemahuan duniawi.
Filem ini kini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan Brunei.