Skip to main content

Filem

Malam Terlarang Terus Jadi Fenomena, Kutipan Cecah RM12 Juta!

dgf

Sekilas

  • Filem seram tempatan, Malam Terlarang, berjaya meraih kutipan RM12 juta di pawagam seluruh negara.
  • Filem ini mengangkat tema obsesi terhadap ilmu hitam dan kesan negatifnya terhadap keluarga dan kewarasan.
  • Malam Terlarang menampilkan pelakon popular seperti Zul Ariffin dan Sofia Jane, dengan jalan cerita penuh misteri dan pengalaman mistik.

Filem seram terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, terus mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM12 juta di pawagam seluruh negara. 

Kejayaan itu sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai filem seram tempatan paling laris tahun ini.

Idea asal karya itu dihasilkan oleh Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin, yang bukan sahaja mempertaruhkan elemen seram, tetapi turut membawa penonton meneroka sisi gelap obsesi terhadap ilmu hitam.

Filem tersebut menampilkan naratif mendalam tentang bagaimana keghairahan mengejar kuasa mampu merosakkan keluarga, kewarasan dan batas kemanusiaan.

Malam Terlarang dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

SINOPSIS

Mawar, 18, membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Impiannya untuk menjadi wartawan terhenti selepas dia perlu menjaga ibunya, Sarimah, lebih-lebih lagi bapanya Omar sibuk dengan kerjaya politik.

Namun, selepas kematian mengejut kakaknya, Safar, hidup Mawar mula dihantui pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan. Situasi itu mendorongnya mencari jawapan di sebalik misteri yang meragut nyawa Safar.

Must-Watch Video

Advertisement