Skip to main content

Hiburan

Malek Mccrone Pernah Ditolak Beberapa Produksi Kerana Telalu Tampan - “Ramai Lagi Yang Lebih Kacak”

Malek Mccrone

Sekilas

  • Pelakon Malek Mccrone berkongsi bahawa rupa paras tampan kadang-kadang menyukarkan dia mendapatkan watak tertentu dalam industri seni.
  • Malek tidak terlalu memilih watak, tetapi mengutamakan kualiti skrip dan pasukan kerja dalam setiap projek lakonannya.
  • Drama terbaharu lakonannya, Good Boys Go To Heaven, mengisahkan seorang bapa yang berusaha membersihkan namanya selepas anaknya dibunuh secara kejam.

Pelakon, Malek Mccrone mengakui rupa paras yang tampan bukan satu kelebihan buatnya dalam industri seni sebaliknya ia menyukarkan dirinya untuk mendapatkan watak tertentu.

Kongsi Malek, dia pernah ditolak daripada terlibat dalam menjayakan beberapa karya hanya kerana rupa parasnya yang terlalu tampan.

"Susah saya nak komen isu ni, mungkin kena tanya pihak produksi atau stesen televisyen Sebab memang ada kerja yang asalnya nak ambil saya, tapi akhirnya mereka kata saya terlalu kacak untuk watak tersebut.

"Padahal bagi saya, ramai lagi orang Malaysia yang kacak-kacak," katanya kepada Gempak.

Malek berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan drama terbaharu lakonannya yang berjudul Good Boys Go To Heaven bertempat di TGV KLCC, baru-baru ini.

Sebagai seorang pelakon, Malek berkata dia  bukanlah seorang yang terlalu memilih sebaliknya hanya mementingkan kualiti dalam setiap naskhah yang dibintanginya.

"Bagi saya, sebagai pelakon, kita memang mahukan skrip yang elok dan pasukan kerja yang bagus.

"Bukanlah terlalu memilih, cuma kita mahukan hasil yang terbaik daripada yang terbaik," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah faktor wajah kacukan membuatkan peluangnya untuk berlakon terbatas, pelakon berusia 32 tahun ini tidak menolak kemungkinan itu.

"Mungkin juga, sebab kalau kita tengok dalam kelompok pelakon lelaki, tak ramai yang wajah Pan-Asian berbanding pelakon wanita. Saya tidak menolak kemungkinan itu.

"Apa-apa pun sebagai pelakon, kita kena jadi macam kameleon. Kita kena cuba sedaya upaya untuk sesuaikan penampilan fizikal dan pembawaan dengan watak yang diberi," tambahnya.

Walau bagaimanapun, Malek terbuka dan bersedia untuk melakukan transformasi demi tuntutan watak.

"Tidak, saya anggap itu sebagai salah satu cabaran untuk saya berusaha lebih keras lagi. Saya sentiasa bersedia kalau watak memerlukan saya jadi buruk seburuk-buruknya, saya akan lakukan.

"Nak botakkan kepala atau buat gaya skinhead pun saya sanggup," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Malek bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya yang berjudul Good Boys Go To Heaven (GBGTH).

GBGTH ini mengisahkan seorang bapa, Yasser yang cemas apabila anaknya, Ahyan, dilaporkan hilang di pekan terpencil Kuala Makar. Lebih memilukan, Ahyan akhirnya ditemui mati dibunuh secara kejam, sekali gus menjadikan Yasser suspek utama. Yasser menjejak individu-individu mencurigakan bagi mencari pembunuh sebenar dan membersihkan namanya.

Selain Malek. siri drama yang mendapat sentuhan pengarah Ariff Zulkarnain ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must-Watch Video

Advertisement