Sekilas
- Malique memuat naik foto terbaru di Instagram yang menunjukkan dia tersenyum sambil mendukung seorang bayi tanpa kapsyen atau penjelasan lanjut.
- Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat yang teruja dan ada yang mengusik serta gembira melihat Malique kelihatan bahagia bersama keluarga.
- Sebelum ini, Malique juga pernah menarik perhatian dengan memuat naik gambar tiket Konsert GenKRU The Finale yang membuatkan peminat teruja.
Penyanyi rap dan komposer, Malique mencetuskan keterujaan dalam dalam kalangan peminat apabila memuat naik satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Istimewanya adalah hantaran itu merupakan foto yang merakamkan Malique kelihatan sedang tersenyum sambil mendukung seorang bayi.
Bagaimanapun foto tersebut tidak diletakkan sebarang kapsyen dan tidak pula dinyatakan sama ada gambar itu merupakan yang terbaharu atau hanya sekadar ‘throwback’.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja melihat posting tersebut dan tidak kurang juga memberikan komen mengusik kepada idola mereka.
Selain itu, ada juga yang meluahkan rasa gembira kerana melihat Mr General iaitu gelaran Malique dalam kalangan peminat ini kelihatan bahagia bersama keluarga.



Sebelum ini, Malique pernah mencuri perhatian apabila memuat naik foto dua tiket Konsert GenKRU The Finale: One More Time sehingga membuatkan ramai peminat teruja.