Skip to main content

Selebriti

Mamat Kembali Aktif Dalam Dunia Seni, Tak Mahu Dibayangi Exists - “Showcase Ini Mungkin Langkah Pertama…”

Mamat comeback

Sekilas

  • Mamat kini aktif kembali dalam industri seni dengan fokus pada kerjaya solo selepas lama bersama kumpulan Exists sejak 1991.
  • Walaupun nostalgia bersama Exists masih kuat, Mamat tetap profesional memenuhi jemputan konsert khas bersama kumpulan itu sebagai penghormatan kepada peminat.
  • Mamat kini diuruskan oleh Mekar Management dan akan mengadakan acara khas Cinta Mamat Untuk Peminat pada 13 Februari di Ideas Kuala Lumpur.

Penyanyi, Mamat memaklumkan dirinya kini kembali aktif dalam industri seni tanpa mahu dibayangi populariti Exists.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, mengakui selepas berdepan pelbagai cabaran dan ujian dalam hidup, ia merupakan satu proses yang mematangkan dirinya, sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya.

“Selama saya dengan sejak 1991 hingga kini masih lagi bersama Exists dan ada projek projek kami bersama kami pergi untuk mengadakan persembahan.

“Dan kali ini saya rasa saya ingin tampil secara solo, ini mungkin showcase langkah pertama.

“‘Mungkin nampak tak besar tapi besar bagi saya sebab ini tanggungjawab baru untuk saya pikul,” ujarnya.

Mamat berkata demikian ketikan ditemui di sidang media pengumuman Mamat Mekar Showcase bertempat di Sudirman Cafe, EDC Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun, dia juga mengakui nostalgia lama bersama Exists masih segar diingatan peminat. Mereka masih merindui kemunculannya bersama kumpulan terbabit.

Disebabkan itu, Mamat perlu bersikap adil dan profesional memenuhi jemputan bersama Exists dari penganjur untuk konsert-konsert khas atau secara peribadi dari peminat.

Ia sebagai tanda penghormatan buat mereka yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadapnya.

Terbaharu, perjalanan solo Mamat kini diuruskan oleh Mekar Management yang bertindak dalam segala jadual aktiviti dan perkara berkaitan dirinya.

Malah tidak keterlaluan dikatakan Mekar Management ditubuhkan semata-mata untuk Mamat oleh seorang peguam iaitu Puan Azlina Abdul Aziz.

Bermula sebagai peguam Pro Bono untuk Mamat, dia yakin sekiranya Mamat berada di bawah jagaan dan pengurusan yang betul, penyanyi itu boleh bangkit dan berkarya semula dengan lebih baik.

Sebagai tanda menghargai peminat, Mekar Management akan menganjurkan acara istimewa Cinta Mamat Untuk Peminat yang akan diadakan pada 13 Februari ini di Ideas Kuala Lumpur.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement